FLOATING MARKET - PASAR TERAPUNG PENGKALAN DATU, KOTA BHARU KELANTAN
Hari ni Kak K dan Abang K berkunjung ke Pasar terapung kedua yang ada di negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu di Pengkalan Datu, Pengkalan Chepa yang juga dikenali sebagai 'Pasar Tani Pelancongan'. Pasar terapung yang unik ini terletak di Cerana Villa Resort di Jalan Raja Sakti kira-kira 11 kilometer dari ibu negeri Kelantan iaitu Kota Bharu. Iaitu hanya 7 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa. Ia mula dibuka kepada orang ramai pada 9 September 2017. Ia beroperasi hanya pada setiap hari Sabtu bermula pukul 8 pagi hingga 2 petang. Selain makanan dan barangan, rata-rata pengunjung ke sini adalah bagi mendapatkan pelbagai jenis hidupan laut segar yang baru ditangkap nelayan. Pasar terapung ini juga dimeriahkan lagi dengan pembinaan chalet-chalet dan penternakan ikan dalam sangkar. Selain aktiviti menjual beli, terdapat juga Cerana Cruise yang akan membawa pengunjung mengelilingi sungai dengan menaiki Perahu Kolek yang tidak sama dengan River Cruis...