Posts

CYCLING VLOG #16 | MELAWAT JAMBATAN GUILLEMARD - JAMBATAN KERETAPI TERPANJANG DI MALAYSIA

Image
  Hari ni Abang K dan Kak K kayuh basikal sejauh 36km pergi dan balik untuk melawat Jambatan Guillemard di Kusial iaitu di Tanah Merah Kelantan. Rakam video menggunakan action camera Insta360 One R. Kamera selfie stick tersembunyi. Lokasi ke Guillemard Bridge sebelah Paloh Rawa https://www.google.com.my/maps/place/5%C2%B045'38.9%22N+102%C2%B009'10.1%22E/@5.7607987,102.1517227,468m/data=!3m2!1e3!4b1!4m6!3m5!1s0x0:0x0!7e2!8m2!3d5.7607962!4d102.1528166 Lokasi bawah Jambatan Guillemard https://www.google.com.my/maps/place/5%C2%B045'34.7%22N+102%C2%B009'15.0%22E/@5.7596407,102.1530797,468m/data=!3m2!1e3!4b1!4m6!3m5!1s0x0:0x0!7e2!8m2!3d5.7596378!4d102.1541742 Lokasi ni sampai ke jalan berturap je, korang kena pergi terus sebab jalan tak berturap tu tak de dalam maps. Jambatan Guillemard merupakan sebuah jambatan keretapi yang mana kebanyakan strukturnya dibina dengan menggunakan besi. Jambatan ini merentasi Sungai Kelantan yang bermula di Paloh Rawa, Machang ke Kursial,...

PUSAT REKREASI LATA BIJIH | TANAH MERAH, KELANTAN

Image
  Air Terjun dan Rekreasi Lata Bijih juga merupakan salah satu kawasan rekreasi yang menarik di jajahan Tanah Merah. Kawasan air terjun yang bersih dan cantik ini sering menjadi pilihan penduduk tempatan sebagai lokasi riadah dan bersantai bersama keluarga. Pada dahulunya kawasan rekreasi ini dikenali sebagai Air Terjun Telaga Bijih. Lazimnya, lokasi perkelahan ini sering mendapat kunjungan para pelancong pada setiap hari. Namun, jumlah pengunjung semakin meningkat ketika cuti hujung minggu, musim cuti sekolah dan cuti umum. Walaupun Air Terjun dan Rekreasi Lata Bijih kelihatan agak biasa, tetapi permandangan alam semulajadinya yang indah serta memiliki udara yang segar dan nyaman mampu memberikan ketenangan kepada setiap pengunjung. Destinasi ini juga sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Air Terjun dan Rekreasi Lata Bijih ini terletak di kawasan yang agak terpencil iaitu di Kampung Lawang. Walaupun terletak di kawasan yang terpencil iaitu 30km dari bandar Tanah Merah, ...

TRAIN TO DABONG VOLUME 1 | JELAWANG PIPE RESORT - TRAVEL BY JUNGLE TRAIN TANAH MERAH - DABONG

Image
  Tonton episod TRAIN TO DABONG yang lain : TRAIN TO DABONG VOLUME 1 | JELAWANG PIPE RESORT & EXTREME PARK klik link dibawah : https://youtu.be/gQlj06e1YZA TRAIN TO DABONG VOLUME 2, ADVENTURE CAVING klik link dibawah : https://youtu.be/1Mn6fUnY8oc TRAIN TO DABONG VOLUME 3, BAHAGIAN 1, EKSPEDISI KE KEM BAHA, klik link dibawah : https://youtu.be/9tg-8BgkR8w TRAIN TO DABONG VOLUME 3, BAHAGIAN 2, EKSPEDISI KE LAST WATERFALL klik link dibawah : https://youtu.be/JPAnIapkHgc Train To Dabong merupakan satu fenomena baru di negeri Kelantan untuk melancong ke Pekan Dabong dan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Dabong. Lokasi yang sebelum ini digelar sebagai tempat 'Jin Bertendang' dalam kalangan rakyat di negeri ini mula popular sejak sebulan yang lalu, semuanya gara-gara penularan pandemik Corona Virus pada Mac lalu menyebabkan pintu sempadan negara ditutup sekaligus menghidupkan Pekan Dabong sebagai lokasi eko pelancongan sebelum ini hanya digemari oleh pelancong a...

ANAK PELAKON JASMIN HAMID KAHWIN DENGAN ORANG KELANTAN?? JASMIN HAMID DAPAT MENANTU

Image
  Majlis akad nikah itu berlangsung di Masjid Kuala Pertang, Kuala Krai, Kelantan pada 10 Oktober 2020 jam 10.30 pagi. Majlis persandingan pula telah berlangsung di Kampung Dusun Ban iaitu di Chenulang dalam daerah Kuala Krai, Kelantan pada sebelah petang 10 Oktober 2020 iaitu jam 2.30 petang. Majlis perkahwinan ini berlangsung dengan mengikut SOP yang ditetapkan dan berjalan lancar. Majlis dikawal rapi oleh anggota RELA yang bertugas untuk memastikan para tetamu yang hadir mematuhi SOP yang ditetapkan. Tahniah kepada Puan Jasmin Hamid kerana telah menerima orang baru dalam keluarga beliau, semoga hubungan diantara kedua-dua keluarga ini akan berkekalan selama-lamanya. Teruja dapat jumpa Puan Jasmin Hamid kat depan-depan, orangnya humble, peramah, baik hati dan sangat mesra dengan orang. Sangat berbeza dari watak yang beliau bawa dalam drama kat TV. Ramai juga orang yang kecam beliau kerana drama "7 Hari Mencintaiku 2" yang memegang watak sebagai Hayati. Itulah yang mena...

FOOD HUNTER | NASI SUP KAMBING DAGING SALAI POKSU - Machang, Kelantan

Image
  Hari ni Kak K dengan Abang K mencari kedai untuk sarapan. Kak K dan Abang K memilih kedai makan kat Machang iaitu jalan lama ke Kota Bharu. kalau korang nk pergi ke kedai ni korang boleh menggunakan aplikasi WAZE atau MAPS, korang taip je "NASI SUP KAMBING DAGING SALAI POKSU". So nanti Waze akan bawa korang betul-betul sampai depan kedai. Ataupun korang boleh juga guna link kat bawah ni. Lokasi Kedai "NASI SUP KAMBING DAGING SALAI POKSU" https://g.page/Poksu?share Menu utama kedai ni ialah Sup Kambing, Daging Salai, Itik Salai, Ikan Keli Salai dan kata Kak K Asam Pedas Ikan Pari paling sedap. Tapi abang tak makan Ikan Pari.. hahaha.. memang masakan kat sini sedap sangat sebab Gulai Masak Lemak Cili Api dia tu tak la pedas sangat, pemilik kedai ni menyesuaikan masakan dengan makanan orang Kelantan. So kalau korang yang suka makan pedas tu, korang boleh tambah sendiri sambal tu. So korang kena datang lah dan rasa sendiri masakan kat sini.. Harap dengan review n...

FLOATING MARKET - PASAR TERAPUNG PENGKALAN DATU, KOTA BHARU KELANTAN

Image
Hari ni Kak K dan Abang K berkunjung ke Pasar terapung kedua yang ada di negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu di Pengkalan Datu, Pengkalan Chepa yang juga dikenali sebagai 'Pasar Tani Pelancongan'. Pasar terapung yang unik ini terletak di Cerana Villa Resort di Jalan Raja Sakti kira-kira 11 kilometer dari ibu negeri Kelantan iaitu Kota Bharu. Iaitu hanya 7 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa. Ia mula dibuka kepada orang ramai pada 9 September 2017. Ia beroperasi hanya pada setiap hari Sabtu bermula pukul 8 pagi hingga 2 petang.  Selain makanan dan barangan, rata-rata pengunjung ke sini adalah bagi mendapatkan pelbagai jenis hidupan laut segar yang baru ditangkap nelayan. Pasar terapung ini juga dimeriahkan lagi dengan pembinaan chalet-chalet dan penternakan ikan dalam sangkar. Selain aktiviti menjual beli, terdapat juga Cerana Cruise yang akan membawa pengunjung mengelilingi sungai dengan menaiki Perahu Kolek yang tidak sama dengan River Cruis...

FOOD HUNTER | KAK PAH ABE LAH IKAN BEKOK - Pantai Geting, Tumpat Kelantan

Image
Hari ni Kak K dengan Abang K mencari kedai untuk sarapan. Kak K dan Abang K pergi dengan basikal je, sambil terjah kedai kita orang jaga kesihatan juga ye. Jangan asyik makan je, kena la bersenam juga. Kak K dan Abang K kayuh basikal dalam 16km dari Kampung Morak ke Pantai Geting, dan laluan balik 21km dari Pantai Geting ke Kampung Morak melalui jalan Pengkalan Kubur - Wakaf Bharu. So total kami kayuh tak de jauh sangat, dalam 37km je.. 🤣 🤣 🤣 Kedai pilihan kami hari ni ialah Kedai Makan Ikan Bekok Kak Pah Abe Loh iaitu di Pantai Geting, Tumpat Kelantan. Menu utama kedai ni ialah Ikan Bekok. Bagi korang yang tak pernah rasa Ikan Bekok ni, rasa dia lebih kurang Ikan Kering je tapi lagi sedap la. dia punya isi ikan lembut. Memang sedap sangat sampai tak sedar makanan-makanan yang diambil dah habis dimakan... 🤣 🤣 🤣 Lokasi Kedai Kak Pah Abe Loh Ike Bekok klik link dibawah : https://goo.gl/maps/BeiEF2vND6q9iGwJA So korang kena datang lah dan rasa sendiri Ikan Bekok ni.. Harap de...