Posts

TRAIN TO DABONG | EKPEDISI KE KEM BAHA GUNUNG STONG

Image
  Sempena hari cuti hari Keputeraan Sultan Kelantan iaitu pada 11&12 November 2021, kami Adda dan Shuk telah membuat satu ekpedisi ke Kem Baha yang terletak di Gunung Stong Dabong Kelantan. Kami bermalam di Kem baha satu malam dan keesokkan hari nya kami ke Last Waterfall ataupun orang panggil juga Seventh Waterfall iaitu airterjun ke-7. Disini adalah punca air sungai yang menjadi air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Kami mengikut Guide yang berpengalaman iaitu Abang Woo dan Kak Ja bersama Ustakk Piat iaitu seorang Youtuber. Abang Woo dan Kak Ja ni menyediakan pakej untuk ke Kem Baha dan kalau anda nak ke puncak Gunung Stong pun dia orang ada sediakan. Kalau korang nak guna khidmat Abang Woo dan Kak Ja boleh saja hubungi Ustakk Piat 013-209 0069 Pengalaman kami bermula pada pagi 11.11.21, kami bertolak dengan kereta ke Stesen Keretapi Tanah Merah untuk menaiki keretapi papa pukul 5.12 pagi dan sampai di Stesen Keretapi Dabong pada pukul 7.17 pagi. Misi kami sebenar ialah untu...

IKAN BEKOK KAK ANI YANG SUPER SEDAP DI KAMPUNG KUBANG GOLOK BACHOK KELANTAN

Image
  Hari ni Kak K dengan Abang K bawa korang ke Kampung Kubang Golok iaitu di daerah Bachok Kelantan untuk mencari Ikan Bekok yang SUPER SEDAP. Pertama kali cuba memang sedap sangat-sangat. Kalau nak dibandingkan dengan IKAN BEKOK yang pernah Abang K dan Kak K makan, yang Kak Ani ni memang paling sedap. Ikan Bekok Kak Ani ni rasa dia lembut, tak masin sangat, dan yang paling penting tak berbau. Abang memang sensitif kalau makanan yang ada bau ni. Selera akan down bila nak makan tu ada bau-bau sikit. So Ikan Bekok Kak Ani ni memang abang makan berselera sangat.. Kalau korang yang nak cuba rasa Ikan Bekok ni, boleh la hubungi Kak Ani di nombor 010-5250824 Lokasi rumah Kak Ani Ikan Bekok : https://maps.app.goo.gl/NR1AM6TraD1NLcLi9 So korang kena hubungi Kak Ani dan rasa sendiri Ikan Bekok Kak Ani kalau nak tanya apa-apa pasal Ikan Bekok yang super sedap ni.. Harap dengan review ni, korang dapatlah sedikit sebanyak maklumat tentang tempat yang ada menjual Ikan Bekok ni. Jangan l...

CYCLING VLOG #17 | MAKAM TOK JANGGUT PAHLAWAN KELANTAN - PASIR PEKAN HILIR, WAKAF BHARU, KELANTAN

Image
  Hari ni Abang K dan Kak K kayuh basikal untuk pergi melawat Makam Tok Janggut, di Pasir Pekan Hilir, Wakaf Bharu, Tumpat Kelantan. Rakam video menggunakan action camera Insta360 One R. Kamera selfie stick tersembunyi. Lokasi ke Makam Tok Janggut, Pasir Pekan Hilir, Wakaf Bharu, Tumpat Kelantan https://goo.gl/maps/Hu7dNGk2cErKsMgn8 MAKAM PAHLAWAN MELAYU TOK JANGGUT, PASIR PEKAN HILIR,TUMPAT. Makam Tok Janggut terletak di Kampung Saring iaitu di Pasir Pekan Hilir di Pekan Wakaf Bharu dalam jajahan Tumpat, Kelantan. Tok Janggut ialah seorang ulama yang bergadai nyawa menentang British. Mat Hassan Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut merupakan seorang ulama dan pahlawan Melayu yang sanggup menggadai nyawa menentang British. Pensyarah Kanan Jabatan Kenegaraan dan Peradaban Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Hamdan Aziz berkata Tok Janggut merupakan antara penentang British pada awal 1900-an di Kelantan, iaitu semasa berlakunya Perang Dunia Pertama antara 1914 hingga...

CARA BUAT AWNING RUMAH | GUNA C CHANNEL / BAJA RINGAN | BUAT KANOPI SENDIRI | CARA BUAT GARAJ KERETA

Image
  Disini abang nk kongsikan cara mudah buat awning / stor guna besi C Channel / Baja Ringan panjang 20 kaki, lebar 20 kaki, ini adalah Full Timelapse Video. Stor ni agak luas jugak la bagi abang yang tak berapa pandai ni, dah la abang ni 1st time buat. Sebenarnya agak sukar abang nk buat awning / stor ni sebab abang bekerja seorang diri. Boleh dikatakan 100% semua abang buat awning / kanopi ni seorang diri je. Part yang paling susah ialah masa nak pasang zink. Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com ni adalah video Timelapse so kalau korang nak tengok video yang lebih detail sila tonton video BAHAGIAN 1, BAHAGIAN 2, BAHAGIAN 3, BAHAGIAN 4 dan BAHAGIAN 5 dengan cara klik link dibawah : DIY - CARA MUDAH BUAT BILIK TAMBAHAN | BAHAGIAN 1 - PEMASANGAN TIANG, BUMBUNG https://youtu.be/IZosSbImy5o DIY - CARA MUDAH BUAT BILIK TAMBAHAN | BAHAGIAN 2 - PEMASANGAN ZINK https://youtu.be/a9rmuiiUY3M DIY - CARA MUDAH BUAT BILIK TAMBAHAN | BAHAGIAN 3 - PEMASANGAN DINDING S...

APA YANG ISTIMEWANYA DENAI SUNGAI PENGKALAN DATU SAMPAI JADI VIRAL??? Jom Kita Tengok Video Ni..

Image
  Denai Sungai Pengkalan Datu, Kubang Kerian, antara projek rintis Denai Sungai Kebangsaan (DSK) yang terletak di negeri Kelantan menterjemahkan sambutan Hari Alam Sekitar Negara dan Hari Sungai Sedunia Tahun 2020. Denai sepanjang hampir satu kilometer ini bermula di kawasan belakang Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan melalui sekitar kawasan hutan bakau di sekitar Min House Camp, Kubang Kerian. Majlis Perasmian Denai Sungai Pengkalan Datu, Kubang Kerian, Kelantan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air pada 24 Oktober 2020 (Sabtu) bertempat di Sungai Pengkalan Datu, Kubang Kerian, Kelantan. Majlis perasmian ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Negara dan Hari Sungai Sedunia Tahun 2020. Denai Sungai Pengkalan Datu di Kubang Kerian ini merupakan antara projek rintis Denai Sungai Kebangsaan (DSK) yang diperkenalkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) pada tahun ini. Denai sepanjang hampir...

TRAIN TO DABONG VOLUME 2 | ADVENTURE CAVING - TRAVEL BY JUNGLE TRAIN TANAH MERAH - DABONG

Image
  Tonton episod TRAIN TO DABONG yang lain : TRAIN TO DABONG VOLUME 1 | JELAWANG PIPE RESORT & EXTREME PARK klik link dibawah : https://youtu.be/gQlj06e1YZA TRAIN TO DABONG VOLUME 2, ADVENTURE CAVING klik link dibawah : https://youtu.be/1Mn6fUnY8oc TRAIN TO DABONG VOLUME 3, BAHAGIAN 1, EKSPEDISI KE KEM BAHA, klik link dibawah : https://youtu.be/9tg-8BgkR8w TRAIN TO DABONG VOLUME 3, BAHAGIAN 2, EKSPEDISI KE LAST WATERFALL klik link dibawah : https://youtu.be/JPAnIapkHgc Train To Dabong merupakan satu fenomena baru di negeri Kelantan untuk melancong ke Pekan Dabong dan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Dabong. Lokasi yang sebelum ini digelar sebagai tempat 'Jin Bertendang' dalam kalangan rakyat di negeri ini mula popular sejak sebulan yang lalu, semuanya gara-gara penularan pandemik Corona Virus pada Mac lalu menyebabkan pintu sempadan negara ditutup sekaligus menghidupkan Pekan Dabong sebagai lokasi eko pelancongan sebelum ini hanya digemari oleh pelancong a...

CYCLING VLOG #16 | MELAWAT JAMBATAN GUILLEMARD - JAMBATAN KERETAPI TERPANJANG DI MALAYSIA

Image
  Hari ni Abang K dan Kak K kayuh basikal sejauh 36km pergi dan balik untuk melawat Jambatan Guillemard di Kusial iaitu di Tanah Merah Kelantan. Rakam video menggunakan action camera Insta360 One R. Kamera selfie stick tersembunyi. Lokasi ke Guillemard Bridge sebelah Paloh Rawa https://www.google.com.my/maps/place/5%C2%B045'38.9%22N+102%C2%B009'10.1%22E/@5.7607987,102.1517227,468m/data=!3m2!1e3!4b1!4m6!3m5!1s0x0:0x0!7e2!8m2!3d5.7607962!4d102.1528166 Lokasi bawah Jambatan Guillemard https://www.google.com.my/maps/place/5%C2%B045'34.7%22N+102%C2%B009'15.0%22E/@5.7596407,102.1530797,468m/data=!3m2!1e3!4b1!4m6!3m5!1s0x0:0x0!7e2!8m2!3d5.7596378!4d102.1541742 Lokasi ni sampai ke jalan berturap je, korang kena pergi terus sebab jalan tak berturap tu tak de dalam maps. Jambatan Guillemard merupakan sebuah jambatan keretapi yang mana kebanyakan strukturnya dibina dengan menggunakan besi. Jambatan ini merentasi Sungai Kelantan yang bermula di Paloh Rawa, Machang ke Kursial,...