Posts

ULASAN FILEM 1917 MOVIE REVIEW IN BAHASA MALAYSIA ENGLISH SUBTITLE

Image
1917 (2019) - Aksi/Perang 1917 (2019) - Action/War Daripada kisah benar yang diceritakan oleh datuk pengarah filem ini, 1917 bertemakan filem Perang Dunia Pertama dengan hanya memfokuskan kisah dua askar British, Lans Koperal Schofield (George Mackay) dan Lans Koperal Blake (Charles Chapman) diberi misi penting untuk menyampaikan pesanan menghentikan serangan demi menyelamatkan 1600 askar British daripada serangan yang telah dirancang pihak musuh (Jerman). Kisah filem 1917 berlaku pada kemuncak prang dunia pertama yang mana dua askar British William (George MacKay) dan Tom (Charles Chapman) diberi tugasan untuk melaksanakan satu misi. Dengan masa yang semakin suntuk, mereka dikehendaki menyeberangi kawasan Jerman untuk memberi mesej kepada askar British yang lain supaya menghentikan serangan terhadap musuh. Apakah kesudahan filem ini, marilah sama-sama kita menonton ulasan filem 1917 ini di Channel Addashuk Movies -------------------------------------------------------------------...

BUKIT KELUANG BESUT TERENGGANU, MALAYSIA | 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIEW SHOT ON DJI MINI 2

Image
Bukit Keluang merupakan sebuah pantai yang terbaik di Terengganu, Malaysia dengan pemandangan pantai yang indah. Disediakan dengan laluan pejalan kaki di sepanjang tebing. Gua laut dan bukit setinggi 141 meter dengan pemandangan Laut China Selatan yang menakjubkan. Lokasi untuk ke Bukit Keluang, Besut Terengganu, Malaysia https://goo.gl/maps/5ryuE5bWY4krCYcL6 Ia terletak di Besut, Terengganu kira-kira 6 km dari bandar Kuala Besut. Kuala Besut adalah menjadi tempat pelancong menaiki bot ke Kepulauan Perhentian. 4k Aerial View, Cinematic Drone View, video ini tersedia dengan resolusi 4K dan dengan rakaman cinematik. Video ini dirakam dari DJI Mini 2 _____________________________________________________________ Bukit Keluang is one of the best beaches in Terengganu, Malaysia with a beautiful view of the beach. Provided with walking paths along the cliffs. 141 meter high sea and hill caves with stunning views of the South China Sea. Location to Bukit Keluang, Besut Terengganu, Malays...

PIZZA JANGOK MEK ANI | TANAH MERAH KELANTAN

Image
Nama Pizza Jangok (cantik) Mek Ani mungkin kedengaran pelik bagi pastri berasal dari Itali itu namun itulah keunikan yang dicipta Noraini Ahmad, 34, agar ia 'melekat' di hati pelanggannya. Lokasi Pizza Jangok Mek Ani https://goo.gl/maps/AzEio8caKHDjUrRn6 Pemilik kedai piza ini bernama Noraini yang juga mesra dipanggil Mek Ani ini adalah ibu kepada 4 orang anak berkata dia mula membuka kedai ini kira-kira 4 tahun lepas. Beliau mendapat kemahiran dalam pembuatan piza ini hasil daripada penyertaan nya dalam kursus pendek kulinari di Pusat Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Empower Wilayah Pantai Timur (ECER) pada tahun 2016 lagi. Setelah beliau lulus dalam latihan tersebut, ECER telah memberi bantuan untuk memulakan perniagaan iaitu perkakas dapur untuk menyediakan piza seperti meja kerja, peti sejuk, mesin pengguli dan ketuhar yang berjumlah RM10,000. Dengan ketekunan beliau dalam menguruskan kedai berkenaan, sekarang usahanya membuahkan hasil. Pizza Jangok Mek Ani telah mendapat...

TRAIN TO DABONG | EKPEDISI KE KEM BAHA GUNUNG STONG

Image
  Sempena hari cuti hari Keputeraan Sultan Kelantan iaitu pada 11&12 November 2021, kami Adda dan Shuk telah membuat satu ekpedisi ke Kem Baha yang terletak di Gunung Stong Dabong Kelantan. Kami bermalam di Kem baha satu malam dan keesokkan hari nya kami ke Last Waterfall ataupun orang panggil juga Seventh Waterfall iaitu airterjun ke-7. Disini adalah punca air sungai yang menjadi air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Kami mengikut Guide yang berpengalaman iaitu Abang Woo dan Kak Ja bersama Ustakk Piat iaitu seorang Youtuber. Abang Woo dan Kak Ja ni menyediakan pakej untuk ke Kem Baha dan kalau anda nak ke puncak Gunung Stong pun dia orang ada sediakan. Kalau korang nak guna khidmat Abang Woo dan Kak Ja boleh saja hubungi Ustakk Piat 013-209 0069 Pengalaman kami bermula pada pagi 11.11.21, kami bertolak dengan kereta ke Stesen Keretapi Tanah Merah untuk menaiki keretapi papa pukul 5.12 pagi dan sampai di Stesen Keretapi Dabong pada pukul 7.17 pagi. Misi kami sebenar ialah untu...

IKAN BEKOK KAK ANI YANG SUPER SEDAP DI KAMPUNG KUBANG GOLOK BACHOK KELANTAN

Image
  Hari ni Kak K dengan Abang K bawa korang ke Kampung Kubang Golok iaitu di daerah Bachok Kelantan untuk mencari Ikan Bekok yang SUPER SEDAP. Pertama kali cuba memang sedap sangat-sangat. Kalau nak dibandingkan dengan IKAN BEKOK yang pernah Abang K dan Kak K makan, yang Kak Ani ni memang paling sedap. Ikan Bekok Kak Ani ni rasa dia lembut, tak masin sangat, dan yang paling penting tak berbau. Abang memang sensitif kalau makanan yang ada bau ni. Selera akan down bila nak makan tu ada bau-bau sikit. So Ikan Bekok Kak Ani ni memang abang makan berselera sangat.. Kalau korang yang nak cuba rasa Ikan Bekok ni, boleh la hubungi Kak Ani di nombor 010-5250824 Lokasi rumah Kak Ani Ikan Bekok : https://maps.app.goo.gl/NR1AM6TraD1NLcLi9 So korang kena hubungi Kak Ani dan rasa sendiri Ikan Bekok Kak Ani kalau nak tanya apa-apa pasal Ikan Bekok yang super sedap ni.. Harap dengan review ni, korang dapatlah sedikit sebanyak maklumat tentang tempat yang ada menjual Ikan Bekok ni. Jangan l...

CYCLING VLOG #17 | MAKAM TOK JANGGUT PAHLAWAN KELANTAN - PASIR PEKAN HILIR, WAKAF BHARU, KELANTAN

Image
  Hari ni Abang K dan Kak K kayuh basikal untuk pergi melawat Makam Tok Janggut, di Pasir Pekan Hilir, Wakaf Bharu, Tumpat Kelantan. Rakam video menggunakan action camera Insta360 One R. Kamera selfie stick tersembunyi. Lokasi ke Makam Tok Janggut, Pasir Pekan Hilir, Wakaf Bharu, Tumpat Kelantan https://goo.gl/maps/Hu7dNGk2cErKsMgn8 MAKAM PAHLAWAN MELAYU TOK JANGGUT, PASIR PEKAN HILIR,TUMPAT. Makam Tok Janggut terletak di Kampung Saring iaitu di Pasir Pekan Hilir di Pekan Wakaf Bharu dalam jajahan Tumpat, Kelantan. Tok Janggut ialah seorang ulama yang bergadai nyawa menentang British. Mat Hassan Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut merupakan seorang ulama dan pahlawan Melayu yang sanggup menggadai nyawa menentang British. Pensyarah Kanan Jabatan Kenegaraan dan Peradaban Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Hamdan Aziz berkata Tok Janggut merupakan antara penentang British pada awal 1900-an di Kelantan, iaitu semasa berlakunya Perang Dunia Pertama antara 1914 hingga...

CARA BUAT AWNING RUMAH | GUNA C CHANNEL / BAJA RINGAN | BUAT KANOPI SENDIRI | CARA BUAT GARAJ KERETA

Image
  Disini abang nk kongsikan cara mudah buat awning / stor guna besi C Channel / Baja Ringan panjang 20 kaki, lebar 20 kaki, ini adalah Full Timelapse Video. Stor ni agak luas jugak la bagi abang yang tak berapa pandai ni, dah la abang ni 1st time buat. Sebenarnya agak sukar abang nk buat awning / stor ni sebab abang bekerja seorang diri. Boleh dikatakan 100% semua abang buat awning / kanopi ni seorang diri je. Part yang paling susah ialah masa nak pasang zink. Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com ni adalah video Timelapse so kalau korang nak tengok video yang lebih detail sila tonton video BAHAGIAN 1, BAHAGIAN 2, BAHAGIAN 3, BAHAGIAN 4 dan BAHAGIAN 5 dengan cara klik link dibawah : DIY - CARA MUDAH BUAT BILIK TAMBAHAN | BAHAGIAN 1 - PEMASANGAN TIANG, BUMBUNG https://youtu.be/IZosSbImy5o DIY - CARA MUDAH BUAT BILIK TAMBAHAN | BAHAGIAN 2 - PEMASANGAN ZINK https://youtu.be/a9rmuiiUY3M DIY - CARA MUDAH BUAT BILIK TAMBAHAN | BAHAGIAN 3 - PEMASANGAN DINDING S...