Cawangan Mydin Mall Terbesar Malaysia Dengan Konsep Baru telah di buka hari ini 10 Mac!!
Mydin Mall Tunjong Kota Bharu dibangunkan dengan konsep unik dan baru ini menampilkan bangunan surau asing dari bangunan mall namun boleh diakses melalui jejantas. Untuk kemudahan ayah dan para suami menunggu isteri shopping. Duduk surau kalau taknak dalam mall Keluasan keseluruhan mall ini lebih sejuta kaki persegi dengan pengenalan Bazar Siti Hawa yang akan menjual pelbagai produk kering dan basah dari peniaga-peniaga tempatan. Bazar ini berkeluasan 76 208 kaki persegi, 177 lot kedai.
Bangunan Mydin Hypermarket ini mempunyai 3 tingkat yang di sediakan dengna fasiliti seperti surau, bazar, pusat jualan dan juga tempat permainan kanak-kanak. Disediakan juga lebih 400 lot sewaan perniagaan dengan menawarkan 1,000 peluang pekerjaan.
Cawangan Pasaraya Besar Mydin terbesar di Malaysia ini mengetengahkan hasil-hasil produk keluaran usahawan tempatan iaitu dengan adanya Bazar Siti Hawa yang akan dibuka tak lama lagi yang terletak di aras 2 bangunan berkenaan.
The presence of vicious beings has wiped out most of humanity. The vicious creatures are blind but have strong hearing and can hunt what they hear.
The Lee family lives in silence and communicates through sign language. Their youngest son Beau has been killed by a vicious creature who hears him playing with a toy. Regan’s daughter blames herself for giving her toys to play with, even though her father Lee warns them not to use them.
At the beginning of the story, Evelyn is pregnant and must give birth to a child without realizing the creature. Their son Marcus manages to pull the monster so Evelyn can give birth, and they take the baby to a soundproof basement.
Regan and Marcus are outside the house because the monster is stalking them. Lee finds them but he sacrifices himself to protect the children after one of the monsters injures him. When they get home, a monster comes attacking, but Regan uses his hearing aid produced by his father Lee to emit a powerful frequency that weakens the monster, allowing Evelyn to finish it with a gun. More monsters come into the house, but now Regan and Evelyn are better prepared in a way to fight.
Watch reviews of the movie A Quite Place at Addashuk Movies. Don’t forget to subscribe to this channel and ring the bell for interesting movie reviews after this. Thank you for watching.
—————————————————————————————————–
Kehadiran makhluk ganas telah menghapuskan sebahagian besar manusia. Makhluk ganas itu buta tetapi mempunyai pendengaran yang kuat dan boleh memburu apa yang mereka dengar.
Keluarga Lee hidup dalam keadaan sunyi dan berkomunikasi melalui bahasa isyarat. Anak bongsu mereka Beau telah tewas oleh makhluk ganas yang mendengar dia bermain dengan mainan. Anak perempuan Regan menyalahkan dirinya sendiri kerana dia memberinya mainan untuk bermain, walaupun bapanya Lee memberi amaran kepada mereka supaya tidak menggunakannya.
Di awal cerita, Evelyn mengandung dan mesti melahirkan anak tanpa menyedarkan makhluk itu. Anak lelaki mereka Marcus berjaya menarik raksasa itu supaya Evelyn boleh melahirkan anak, dan mereka membawa bayi itu ke ruang bawah tanah kalis bunyi.
Regan dan Marcus berada di luar rumah kerana raksasa itu mengintai mereka. Lee menemui mereka tetapi dia mengorbankan dirinya untuk melindungi anak-anak selepas salah seorang raksasa itu mencederakannya. Apabila mereka pulang ke rumah, seekor raksasa datang menyerang, tetapi Regan menggunakan alat bantuan pendengarannya yang dihasilkan oleh ayahnya Lee mengeluarkan frekuensi yang kuat yang melemahkan raksasa itu, membolehkan Evelyn menghabiskannya dengan senapang. Lebih banyak raksasa masuk ke rumah, tetapi kini Regan dan Evelyn lebih bersedia dengan cara untuk melawan.
Saksikan ulasan filem A Quiet Place Part 1 di Addashuk Movies. Jangan lupa subscribe channel ini dan tekan loceng untuk ulasan filem A Quiet Place Part 2 yang menarik selepas ini. Apa yang menarik ulasan filem di channel ini adalah kerana terdapat sarikata Bahasa Malaysia. Untuk cerita penuh A Quiet Place nda boleh menonton Full Movie A Quiet Place. Terima kasih kerana menonton.
—————————————————————————————————–
Copyright Disclaimer under Section 107 of the copyright act 1976, allowance is made for fair use for purposes such as criticism, comment, news reporting, scholarship, and research. Fair use is a use permitted by copyright statute that might otherwise be infringing. Non-profit, educational or personal use tips the balance in favour of fair use.
Assalamualaikum dan salam sejahtera… Hari ni abang nak review jam tangan pintar yang terbaik untuk anda yang baru nak mencari smartwatch.
Sebenarnya Smartwatch Huawei GT 2 ni abang dah pakai 2 tahun. Video ni kira-kira macam review 2 tahun selepas pakai la. Sebelum ni abang memang dah banyak dah beli smartwatch ni, semuanya tak ngam dengan abang. Abang nk pakai jam yang harga berbaloi dan yang paling penting smartwatch abang nk beli tu ada fungsi buat Call dan terima Call. So, selepas dah membeli banyak smartwatch, baru la abang jumpa smartwatch idaman abang iaitu HUAWEI WATCH GT 2 dan HONOR MAGIC WATCH 2. Sebenarnya kedua-dua smartwatch ni adalah sama, cuma berbeza pada jenama.
Jenama Honor ni sebenarnya tidak asing bagi pengguna Huawei. Jenama Honor ni adalah Clone dari Huawei. Sebelum ni Syarikat Honor ni adalah dibawah Huawei dan sekarang dah berpecah dengan Huawei kerana Honor tidak mahu menerima nasib yang sama dengan Huawei iaitu di Banned oleh US dan tidak boleh menggunakan Google Mobile Service (GMS).
Peranti Honor yang terkini telah boleh menggunakan GMS dari Google. Semua peranti yang dikeluarkan oleh Honor adalah memiliki 100% spesifikasi yang sama dengan peranti Huawei cuma hanya berbeza pada jenama sahaja. Peranti berjenama Honor adalah lebih murah dari peranti berjenama Huawei.
So, abang harap dengan video ni, anda dapat lah sedikit sebanyak maklumat yang mungkin berguna untuk anda yang nak membeli smartwatch yang terbaik.
Ok gaiss.. hari ni abang nk tunjukkan kat korang cara untuk menggunakan telefon korang tu jadi remote untuk buka pintu pagar dan remote pintu roller shutter. Kali ni abang akan tunjukan untuk anda satu device yang boleh menyimpan isyarat Radio Frequency (RF) dan seterusnya membolehkan semua jenis peralatan yang menggunakan Radio Frequency tersebut.
Cara pasang Switch ni amatlah mudah, sape-sape pun boleh pasang sendiri. Kalau korang tengok video ni sampai habis, abang gerenti korang pun boleh buat. Tidak memerlukan apa-apa penyambungan wayar cuma memerlukan Plug untuk memasang Adapter 5V 1A sebagai Power Supply untuk device.
So lepas tu dah boleh guna dah telefon korang tu jadi remote.. Senang je.. tapi syarat untuk nk pasang Smart Autogate dan Roller Shutter WIFI ni anda kena la ada WIFI kat rumah anda, dan kat rumah anda dah ada Autogate dan pintu Roller Shutter baru boleh pasang.
Itu sahaja yang abang nk kongsikan untuk korang.. abang harap dengan video ni korang dapatlah buat macam abang juga, tukarkan Autogate remote biasa kepada Smart Autogate. Ok gaiss.. selamat mencuba.. terima kasih kerana menonton, jangan lupa SUBSCRIBE Channel Addashuk dan tekan loceng untuk tidak ketinggalan notifikasi untuk video-video yang akan datang.
Banjir kali ini sangat jarang berlaku iaitu banjir pada bulan Februari. Biasanya banjir berlaku pada musim tengkujuh iaitu diantara bulan November hingga Disember. Pelik juga ya cuaca sekarang ni, masa musim tengkujuh hari tu banjir melanda negeri-negeri di sebelah barat Semenanjung Malaysia.
Contohnya di Shah Alam baru-baru ini telah berlaku banjir yang agak teruk juga. Cuaca yang tidak menentu sekarang ini agak membimbangkan. Tapi apa daya kita untuk menidakkan kuasa Tuhan? Sekurang-kurang nya ini akan memberi orang ramai akan kebesaran Allah S.W.T.
Abang telah diberikan amanat untuk merakam momen penting bagi pasangan Nadzirah & Ikram dihari bahagia dia orang. So abang sebagai wedding photographer ni kena lah buat yang terbaik. Sebenarnya Nadzirah ni adalah anak saudara abang juga, bukan orang lain pun.
Pada anda yang ingin kan perkhidmatan wedding photography boleh la menghubungi aband di whatsapp :- www.wasap.my/+60199370955
Selamat pengantin baru abang ucapkan kepada pasangan pengantin Nadzirah & Ikram, semoga ikatan yang dibina ini kekal hingga ke Jannah.
Nama Pizza Jangok (cantik) Mek Ani mungkin kedengaran pelik bagi pastri berasal dari Itali itu namun itulah keunikan yang dicipta Noraini Ahmad, 34, agar ia ‘melekat’ di hati pelanggannya.
Pemilik kedai piza ini bernama Noraini yang juga mesra dipanggil Mek Ani ini adalah ibu kepada 4 orang anak berkata dia mula membuka kedai ini kira-kira 4 tahun lepas. Beliau mendapat kemahiran dalam pembuatan piza ini hasil daripada penyertaan nya dalam kursus pendek kulinari di Pusat Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Empower Wilayah Pantai Timur (ECER) pada tahun 2016 lagi.
Setelah beliau lulus dalam latihan tersebut, ECER telah memberi bantuan untuk memulakan perniagaan iaitu perkakas dapur untuk menyediakan piza seperti meja kerja, peti sejuk, mesin pengguli dan ketuhar yang berjumlah RM10,000.
Dengan ketekunan beliau dalam menguruskan kedai berkenaan, sekarang usahanya membuahkan hasil. Pizza Jangok Mek Ani telah mendapat sambutan daripada penduduk setempat malah pelanggan dari daerah lain juga turut membeli piza hasil dari anak tempatan.
Lokasi kedai Pizza Jangok Mek Ani terletak di tepi jalan besar daripada Kota Bharu ke Gerik, iaitu di Kampung Chedok, Tanah Merah Kelantan. Kepada yang belum merasai Pizza Jangok Mek Ani, anda wajib mencuba keenakan piza ini.
Jangan lupa Subscribe Addashuk Channel untuk lebih video-video menarik.. Teruskan menyokong kami supaya kami dapat membuat lebih banyak video selepas ini. Terima kasih kerana menonton.
Hari ni abang nk kongsikan cara pasang Smart CCTV Camera jenama Sonoff. Yang bagusnya CCTV ni ialah boleh Bind kan dengan Device yang sedia ada. Untuk abang, abang Bind kan CCTV Sonoff ni dengan Autogate.
Sebelum pasang CCTV ni abang dah guna Device Smart Autogate jenama Sonoff, iaitu boleh buka dan tutup pintu pagar menggunakan smart phone. Tapi kadang tu abang buka pintu pagar dari jauh tapi tak tahu pintu tu terbuka atau tertutup. So abang beli CCTV jenama Sonoff juga dan kita boleh Bind kan dengan Smart Autogate.
So sekarang ni abang dapat tengok la situasi pintu pagar abang tu melalui CCTV samada ia telah terbuka atau tertutup. Sangat senang bila ada orang nak hantar barang tp abang tak de kat rumah. So dengan ada CCTV dan Smart Autogate ni senang la.. kita duduk kat mana-mana pun, asal handphone kita ada connection internet, kita boleh buka dan tutup pintu pagar guna handphone dan yang paling best kita boleh tengok pintu tu terbuka atau tertutup.
Harga untuk Smart CCTV Camera masa abang beli tu RM129.00, harga untuk Smart Autogate RM31.90
Sebelum ni abang ada pasang Smart Autogate guna remote. Boleh tengok full video cara pasang Smart Autogate di link video dibawah. https://youtu.be/T-x7MBUAb_w
Kepada sesiapa yang nak buat macam abang juga, korang boleh buat, senang je cara dia. Tonton video sampai habis mesti korang pun boleh buat.
Jangan lupa subscribe Addashuk Channel untuk lebih video-video menarik selepas ini. Jangan lupa aktifkan tombol loceng untuk notifikasi untuk video seterusnya. Terima kasih kerana menonton.
Daripada kisah benar yang diceritakan oleh datuk pengarah filem ini, 1917 bertemakan filem Perang Dunia Pertama dengan hanya memfokuskan kisah dua askar British, Lans Koperal Schofield (George Mackay) dan Lans Koperal Blake (Charles Chapman) diberi misi penting untuk menyampaikan pesanan menghentikan serangan demi menyelamatkan 1600 askar British daripada serangan yang telah dirancang pihak musuh (Jerman).
Kisah filem 1917 berlaku pada kemuncak prang dunia pertama yang mana dua askar British William (George MacKay) dan Tom (Charles Chapman) diberi tugasan untuk melaksanakan satu misi.
Dengan masa yang semakin suntuk, mereka dikehendaki menyeberangi kawasan Jerman untuk memberi mesej kepada askar British yang lain supaya menghentikan serangan terhadap musuh.
Apakah kesudahan filem ini, marilah sama-sama kita menonton ulasan filem 1917 ini di Channel Addashuk Movies
Disini abang nk kongsikan cara mudah buat awning/stor panjang 20 kaki, lebar 20 kaki, ini adalah Full Timelapse Video. Stor ni agak luas jugak la bagi abang yang tak berapa pandai ni, dah la abang ni 1st time buat. Sebenarnya agak sukar abang nk buat awning/stor ni sebab abang bekerja seorang diri. Boleh dikatakan 100% semua abang buat seorang diri je. Part yang paling susah ialah masa nak pasang zink.
Ni adalah video Timelapse so kalau korang nak tengok video yang lebih detail sila tonton video BAHAGIAN 1, BAHAGIAN 2, BAHAGIAN 3, BAHAGIAN 4 dan BAHAGIAN 5 dengan cara klik link dibawah :
DIY – CARA MUDAH BUAT BILIK TAMBAHAN | BAHAGIAN 5 (BAHAGIAN AKHIR) – PEMASANGAN LONGKANG https://youtu.be/OCaGpx7ALS8
Step by step yang abang buat ni adalah ilham dari abang sendiri, so kalau korang ada pendapat yang berbeza, kita raikan perbezaan ye, matlamat abang nk buat awning dengan modal yang sedikit dan dalam masa yang sama abang boleh dapat pengalaman dan tahu keupayaan abang. So sekarang abang dah tahu lah yang abang ni ada jugak la bakat untuk jadi tukang rumah cuma perlukan sedikit ilmu dan pengalaman.
Terima kasih kerana menonton video ni sampai habis, kalau korang rasa video ni bermanfaat, jangan lupa SUBSCRIBE Channel Addashuk. Akan ada banyak lagi video-video berkonsepkan DIY yang abang akan kongsikan nanti. Jangan lupa tekan loceng untuk tidak terlepas video-video BAHAGIAN 5 iaitu video proses buat longkang.