MR CELUP TEPUNG STATION TEMPAT MAKAN SEDAP DI PANTAI PENARIK TERENGGANU | KEDAI MAKAN WAJIB SINGGAH

Assalamualaikum, kali ini kami akan bawa anda ke sebuah kedai makananan celup tepung yang popular di Pantai Penarik Kuala Terengganu iaitu Mr Celup Tepung Station. Selain dari kedai NL Celup Tepung Bira Pata yang dikunjungi ramai pelanggan, Mr Celup Tepung juga adalah salah satu lokasi yang menarik dan strategik iaitu berada betul-betul ditepi pantai. Pengunjung yang datang kesini bukan sahaja dapat menikmati keindahan pantai yang cantik dan bersih malah juga dapat menikmati makanan celup tepung yang sedap dan segar dengan harga berpatutan.

Lokasi Mr Celup Tepung Pantai Penarik Terengganu
https://goo.gl/maps/jf8uurLCFGAbfm7j6

Singgah juga ke Blog Addashuk
http://www.addashuk.com

Kalau anda yang melalui jalan Pantai Penarik, MCTS ataupun nama penuh kedai ini Mr Celup Tepung Station adalah lokasi kedai makan wajib singgah. Mr Celup Tepung Station juga adalah salah satu tempat makan sedap di Pantai Penarik Terengganu.

Selain dari dapat menikmati makanan yang sedap-sedap di Mr. Celup Tepung Station ni, anda juga boleh melihat keindahan panorama pantai yang sangat cantik dan sesuai untuk bergambar. Ada beberapa port-port untuk bergambar disediakan oleh premis ini dan sangat sesuai untuk yang minat OOTD.

Ok Guys.. diharapkan video ini dapat memberi manfaat kepada penonton dan jangan lupa SUBSCRIBE, Like dan Share tanda sokongan kepada Addashuk Channel untuk kami membuat video-video yang menarik selepas ini..

Terima kasih kerana menonton.

TAMAN NEGERI SETIU WETLANDS | BOARDWALK SETIU | TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU, TEMPAT CANTIK DI SETIU

Setiu Wetlands adalah tanah bencah Setiu berkeluasan 23,000 hektar, kawasan ini adalah satu-satunya tanah bencah di Malaysia yang mempunyai 9 ekosistem berbeza di dalam satu kawasan iaitu pesisir pantai, laut, kawasan berlumpur, lagun, sungai, pulau, muara sungai, rimba pesisir air dan rimba paya bakau. Kawasan persekitarannya adalah habitat semulajadi pembiakan tuntung dan menjadi antara lokasi pendaratan spesis penyu hijau. Destinasi eko pelancongan dengan aktiviti-aktiviti seperti observasi alam semulajadi, mengumpul madu dan memancing yang juga boleh dimanfaatkan oleh penduduk setempat.

Jika anda teringin menghilangkan penat dan ingin lari dari kesibukan di bandar metropolitan, Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetlands) adalah merupakan satu destinasi yang wajib anda kunjungi. Suasana persekitaran di Setiu Wetlands memastikan anda dapat menikmati suasana yang tenang dan selesa. Setiu Wetland ini juga dipanggil Boardwalk Setiu adalah salah satu tempat menarik di Terengganu. Setiu Wetland juga adalah salah satu tempat cantik di Setiu Terengganu.

Antara aktiviti-aktiviti yang menarik di Setiu Wetlands

i. Aktiviti menyusuri sungai Setiu
ii. Aktiviti berkayak
iii. Aktiviti mencari kepah
iv. Aktiviti mencari Lokan
v. Aktiviti menyusuri hutan paya bakau melalui Setiu Broadwalk
vi. Pengalaman gaya hidup tradisional di Rumah Tok
vii. Aktiviti perkhemahan
viii. Aktiviti melihat pendaratan penyu hijau

Yuran Masuk Setiu Wetlands

  1. Dewasa 13 tahun hingga 60 tahun RM5
  2. Kanak-kanak dan warga 60 tahun ke atas RM2
  3. Kanak-kanak bawah 6 tahun PERCUMA

Lokasi Setiu Wetlands
https://goo.gl/maps/23hmJHfyf1SPZjkN8

Lawati juga blog addashuk
https://www.addashuk.com

Waktu Operasi Setiu Wetland
Ahad hingga Sabtu 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Rehat 1.00 petang hingga 2.00 petang
Rehat Solat Jumaat 12.30 tengahari hingga 2.30 petang

Para pengunjung Setiu Wetland boleh mencuba kehidupan dan amalan tradisional penduduk setempat di Setiu. Pengunjung akan diperkenalkan dengan keunikan budaya penduduk di sekitar kawasan ini yang kebanyakannya terdiri daripada golongan nelayan serta petani dan mencuba mencari sendiri sumber pendapatan mereka banyak bergantung kepada alam semula jadi di sekitar Tanah Bencah Setiu ini.

Selain aktiviti itu juga, pelbagai program-program diadakan oleh pelbagai agensi di kawasan tersebut dan bagi tahun 2022, pelbagai perancangan telah dirancang melibatkan Setiu Wetlands seperti perkhemahan badan beruniform, sukan berbasikal, sukan lasak dan ekstrim dan banyak lagi.

Jadi, apa tunggu lagi, rancang cuti anda dan marilah berkunjung ke Setiu Wetlands. Jangan lupa Subscribe Channel Addashuk dan jangan lupa aktifkan loceng notifikasi untuk tidak ketinggalan video-video yang akan datang. Terima kasih kerana menonton.

ZON BEBAS CUKAI RANTAU PANJANG | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN, TEMPAT WAJIB DILAWATI DI RANTAU PANJANG

Assalamualaikum, hari ni Abang K dan Kak K akan bawa anda semua membeli belah di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang. Zon Bebas Cukai Rantau Panjang adalah terletak di sempadan Rantau Panjang dengan Pekan Golok di Thailand. Disini anda boleh dapat coklat murah seperti coklat Langkawi. Anda juga boleh dapatkan periuk murah, pakaian murah. Coklat coklat yang dijual di Zon Bebas Cukai adalah coklat bebas cukai. Zon Bebas Cukai Rantau Panjang adalah salah satu tempat menarik di Kelantan dan adalah salah satu tempat wajib dilawati di Rantau Panjang.

Zon Bebas Cukai Rantau Panjang Kelantan merupakan tempat yang terkenal sebagai kawasan zon bebas cukai yang terletak disempadan Malaysia Thailand iaitu yang terpisah dengan Sungai Golok. Pekan Rantau Panjang terletak kira-kira 40 km dari Kota Bharu. Dengan kepelbagaian produk seperti pinggan mangkuk, makanan, pakaian serta kelengkapan rumah dan sebagainya boleh didapati dengan harga murah kerana disini adalah kawasan bebas cukai.

Lokasi Zon Bebas Cukai Rantau Panjang
https://goo.gl/maps/DMEnLarfKMyrNrKw9

Lawati juga Blog Addasuk
https://www.addashuk.com

Waktu Operasi Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, Kompleks membeli belah ini dibuka dari pukul 11.00 pagi hingga 7.00 malam.

Membeli belah dalam Zon Bebas Cukai Rantau Panjang sememangnya berbaloi kerana kawasan ini biasanya menawarkan harga barangan yang cukup murah daripada tempat biasa. Orang ramai biasanya akan mencari lokasi membeli belah bebas cukai kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan yang diinginkan pada harga yang lebih murah jika hendak dibandingkan di kedai kedai biasa. Zon bebas cukai ada juga terdapat di Pengkalan Kubor Zon Bebas Cukai dan antara salah satu zon bebas cukai di Malaysia. Tempat ini juga adalah tempat wajib dikunjungi di Rantau Panjang.

Kawasan bebas cukai terdapat di setiap negeri di seluruh Malaysia. Di Kelantan pula kawasan bebas cukai adalah seperti berikut :

  1. Zon Bebas Cukai Rantau Panjang
  2. Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Jangan lupa Subscribe Channel Addashuk dan jangan lupa aktifkan loceng notifikasi untuk tidak ketinggalan video-video yang akan datang. Terima kasih kerana menonton.

ANUM AYAM KAMPUNG MADU | KEDAI MAKAN SEDAP | TEMPAT MAKAN SEDAP DI KOTA BHARU KELANTAN

Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda semua ke sebuah kedai yang sangat popular di Kota Bharu. Kedai yang kami maksudkan itu ialah Anum Ayam Kampung Madu. Kedai ni sememang nya tersohor bagi penduduk kawasan Kota Bharu. So, kalau anda datang bercuti ke Kelantan, kedai ni wajib anda singgah untuk makan pagi atau makan tengahari kerana kedai ni adalah salah satu tempat makan sedap di Kota Bharu Kelantan. Memang kalau hari cuti umum atau hujung minggu kedai ni kebiasaan nya penuh dengan pengunjung untuk menikmati Nasi Kukus Warisan ini.

Lokasi Anum Ayam Kampung Madu
https://goo.gl/maps/L3ZhT6TzKTRYjD4WA

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Anum Nasi Ayam Kampung Madu ini terletak di Jalan Merican Telipot iaitu di Kota Bharu Kelantan pernah menjadi kedai makan viral di Kelantan satu masa dahulu dan sekarang pun masih dikunjungi oleh ramai pengunjung. Kedai ni berdekatan dengan Billion Kota Bharu. Antara kedai makan sedap untuk makan pagi adalah kedai Anum Nasi Ayam Kampung Madu ni. Apa yang istimewa di kedai ialah makan nasi dengan ayam kampung goreng. Menu Nasi Ayam Kampung ni berlaukkan ayam kampung goreng, kuah gulai ayam dan sambal sos manis dan timun. Yang best di kedai ni ialah nasi tambah adalah percuma, hanya dikira berapa ketul ayam sahaja. Ayam seketul RM8 sahaja.

Waktu Operasi Anum Ayam Kampung Madu
7.30 pagi hingga 12.00 tengahari.

Kalau anda nak datang sini kena lah datang awal. Kalau hari cuti umum dan hujung minggu datang lewat kedai full atau lauk ayam kehabisan. Kebiasaannya kalau cuti umum atau hujung minggu, kereta susah nk parking kerana kedai ni ditepi jalan.

Diharapkan para pengunjung Addahuk Channel ini dapat lah sedikit sebanyak maklumat tentang kedai makan sedap di kawasan Kota Bharu. Jangan lupa Subscribe, Like dan Komen tanda sokongan terhadap kami untuk kami membuat video-video yang menarik selepas ini. Terima kasih kerana menonton.

LATA KASHMIR JELI | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | TEMPAT WAJIB DILAWATI DI JELI

Jika negeri Perak dikenali kerana tasik Banding, di Kelantan ada juga tasik yang dikenali dengan nama Tasik Pergau yang akan memberikan kenikmatan kepada pencinta alam semulajadi.
Terdapat pelbagai flora dan fauna yang banyak terdapat di kawasan Tasik Pergau, tasik ini adalah tasik buatan manusia yang terhasil akibat pembinaan empangan hidroelektrik di Pergau. Lata Pergau menjadi tempat wajib pergi di Jeli setelah viral di media social dengan nama Lata Kashmir.

Lokasi Lata Kashmir
https://goo.gl/maps/8C5XxkoYy4X3R4pP7

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Tonton juga video penuh Dron Lata Kashmir
https://youtu.be/ZvxoSmjOKFo

Tasik Pergau sememangnya tidak sepopular seperti Tasik Banding, tetapi ianya berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung ke kawasan ini. Kawasan ini mendapat gelaran Lata Kashmir oleh kerana suasana kawasan ini mirip dengan Kashmir di India. Kecantikan dan keindahan alam semulajadi tasik disini akan menarik para pengunjung datang ke sini. Tasik Pergau ini ataupun dipanggail dengan nama Dam Pergau dan ada juga orang ramai menggelarkan tempat ini sebagai Lata Kashmir terletak di daerah Jeli Kelantan. Sesuai dengan gelaran Lata Kashmir Jeli Kelantan ini, Lata Pergau ini menyediakan keindahan alam semulajadi. Disini juga adalah tapak perkhemahan kepada sesiapa yang suka berkhemah. Disini banyak disediakan Campsite dengan kemudahan tandas dan sebagainya.

Suasana aman dan tenang di Tasik Pergau menyebabkan ramai pengunjung datang dan menghabiskan percutian mereka di sini, terdapat laporan bahawa tasik ini menjadi tempat persinggahan tahunan bagi ramai pelancongan asing. Lata Kashmir ini salah satu tempat menarik di Kelantan. Sekiranya anda berkunjung ke sini, Lata Kashmir adalah tempat wajib dilawati di Jeli.

Jangan lupa Subscribe Channel Addashuk dan jangan lupa aktifkan loceng notifikasi untuk tidak ketinggalan video-video yang akan datang.Video ini dirakam dengan resolution 4k Aerial Footage Cinematic Drone View, Shot on DJI Mini 2.

BAZAR TOK GURU | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KOTA BHARU

Bazar Tok Guru adalah mercu tanda terbaru di Kota Bharu. Bazar ini dibangunkan diatas tanah seluas 5.9 ekar iaitu tapak yang asal Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Tetapi tapak bagi Bazar Tok Guru merangkumi keluasan 1.5 ekar sahaja. Selebihnya adalah diperuntukkan untuk pembangunan fasiliti lain yang merangkumi hotel, pangsapuri dan premis perniagaan. Konsep rekabentuk Bazar Tok Guru ini bercirikan senibina Islam yang diambil daripada elemen rekabentuk dari masjid di Mekah dan Madinah. Salah satunya ialah rekabentuk kubah dan gerbang masuk yang diilhamkan daripada Masjid Nabawi. Bazar Tok Guru dibangunkan dengan tujuan untuk dijadikan sebagai mercu tanda baru bagi bandar Kota Bharu dan seluruh negeri Kelantan.

Lokasi Bazar Tok Guru
https://g.page/bazartokguru

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Bazar Tok Guru Waktu Operasi
Bazar Tok Guru dibuka pada setiap hari bermula 8.30 pagi hingga 6.00 petang.

Bazar Tok Guru ini adalah merupakan bazar yang paling luas dan yang paling besar di Kelantan. Bazar Tok Guru ini menggunakan konsep grand bazaar yang berada di tengah-tengah pusat bandar raya Kota Bharu. Untuk memastikan bazar ini dikategorikan sebagai premis perniagaan yang mesra pengunjung, pelbagai kemudahan disediakan seperti kaunter penerangan pelancongan, surau, lot parkir, lif, medan makan, kaunter ATM, perhentian pengangkutan awam seperti bas dan teksi serta pelbagai lagi kemudahan untuk pengunjung dan pelancong.

Bazar Tok Guru adalah sebuah bazar yang siap dibina dan dirasmikan oleh Tuan Guru Dato’ Bentera Setia Menteri Besar Kelantan iaitu Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada Julai 2011. Bazar ini antara salah latu tempat menarik di Kelantan. Bazar ini juga menjadi salah satu tempat wajib singgah di Kota Bharu. Selain ada peniaga yang menjual pelbagai aneka pakaian siap, batik dan songket, makanan tempatan seperti keropok dan dodol juga ada dijual di sini. Setiap pengunjung yang biasa bertandang ke Kelantan sudah pasti mengenali Bazar Tok Guru kerana kedudukannya yang berhampiran pusat penerangan pelancongan Negeri Kelantan.

Subscribe Addashuk Channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa tekan tombol loceng untuk mengaktifkan notifikasi. Terima kasih kerana menonton.

PANTAI MELAWI BACHOK KELANTAN | PANTAI CANTIK DI KELANTAN | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Sebelum ini Pantai Melawi adalah sekadar perkampungan nelayan yang terletak dalam daerah Bachok Kelantan yang mempunyai deretan bangsal tempat berteduh untuk para nelayan menurunkan hasil laut. Akan tetapi kini Pantai Melawi berubah wajah. Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) telah menaik taraf Pantai Melawi.

Lokasi Pantai Melawi Bachok
https://maps.app.goo.gl/jdZF1QyymyQnBfzT8

Lawati juga blog Addashuk Channel
https://www.addashuk.com

Kami telah berpeluang untuk melawat sambil menikmati keindahan dan kecantikan Pantai Melawi yang kini telah dibangunkan oleh Majlis Daerah Bachok dan seterusnya menjadi produk pelancongan. Orang ramai telah datang membanjiri Pantai Melawi kerana kini pantai tersebut dikatakan antara pantai cantik di Kelantan. Sekiranya anda berkunjung ke Kelantan tidak sah kalau tidak singgah di salah satu tempat menarik di Kelantan ini. Kehadiran orang ramai ke Pantai Melawi membolehkan penduduk setempat mencari rezeki dengan menjual minuman dan makanan ringan. Ada juga sesetengah penduduk menjual makanan dan minuman di hadapan rumah.

Semasa kami berkunjung ke Pantai Melawi, kami telah bertemu dengan Yoe Pare iaitu seorang pelakon dari Youtube Channel terkenal di Kelantan iaitu Syahmi Sazli. Di Pantai Melawi juga terdapat Melawi Beach Resort yang sememangnya terkenal di Kelantan.

Sekiranya anda ingin berkunjung ke Kelantan, jangan lupa untuk datang ke Pantai Melawi yang terletak lebih kurang 6 kilometer dari Bandar Bachok dan lebih kurang 27 kilometer dari Bandar Pasir Puteh. Sekiranya anda dari Kota Bharu, anda boleh memandu lebih kurang 27 kilometer untuk ke Pantai Melawi.

GUNUNG RENG BATU MELINTANG JELI KELANTAN | KISAH MISTERI KAMPUNG TALA TERBENAM DI BAWAH GUNUNG RENG

Di tepi jalan ke Kampung Batu Melintang Jeli Kelantan, terdapat sebuah batu besar berbentuk tirus yang dinamakan Gunung Reng. Gunung Reng ini terletak 15 kilometer dari Pekan Jeli dipercayai ada kisah misteri. Kisah misteri yang dikaitkan itu ialah dikatakan dibawah tapak gunung ini pernah wujud sebuah perkampungan bernama Kampung Tala kira-kira 1400 tahun yang lalu. Disini juga terdapat Gua Gunung Reng dan kami berpeluang untuk meneroka gua tersebut. Di sekitar kawasan Gunung Reng ini Pihak Berkuasa Tempatan telah membangunkan satu Pusat Rekreasi Gunung Reng Jeli Kelantan sebagai tempat pelancongan. Disini terdapat permainan kanak-kanak dan gerai-gerai jualan makanan. Terdapat juga laluan khas untuk masuk ke Gua Gunung Reng. Disebelah Gunung Reng terdapat masjid yang dinamakan Masjid Gunung Reng. Gunung Reng adalah salah sebuah tempat menarik di Jeli Kelantan.

Lokasi Gunung Reng Batu Melintang Jeli Kelantan.
https://goo.gl/maps/Y5BNEF6pzKRAXkN68

Lawati juga Blog Addashuk Channel
https://www.addashuk.com

Kisah yang dipercaya turun temurun ini telah di ceritakan kepada orang kampung. Kampung Tala ini dibuka oleh orang bernama Tok Tak Dok juga dikenali sebagai Tok Tadoh. Kampung Tala adalah sebuah kampung yang penduduknya hidup aman damai dan sering mengadakan majlis keraian termasuklah perkara yang menyalahi batas-batas kemanusiaan iaitu sabung haiwan. Semua jenis sabung haiwan seperti ayam dan pelbagai jenis haiwan semuanya penduduk Kampung Tala telah lakukan. Ada satu permainan yang masih belum dilakukan oleh orang kampung itu. Pada satu ketika, penduduk kampung itu telah mengadakan temasya yang berlangsung 7 hari 7 malam dan menjadikan acara laga haiwan sebagai acara utama. Disebabkan inginkan kelainan pada malam ke-7, ada seorang penduduk meminta supaya diadakan acara laga kucing dan anjing.

Pada ketika itulah, cuaca mula berubah dan hujan lebat disertai ribut tiba-tiba melanda kampung itu. Penduduk dikampung sebelah amat terkejut melihat Kampung Tala sudah pun tiada dipercayai di tindih oleh batu besar yang kini dikenali dengan Gunung Reng. Itu la cerita yang diceritakan oleh penduduk kampung Gunung Reng yang dipercayai telah menjadi cerita turun temurun.

Di versi Moden pula ada yang mengatakan Gunung Reng adalah satu meteor yang jatuh dari angkasa lepas yang membenamkan Kampung Tala terserbut. Sememangnya wujud Batu Besar di sini adalah satu yang sangat pelik kerana dikawasan ini tiada batu-batu lain dah hanya Gunung Reng sahaja terpacak disini. Tiada bukti kukuh untuk membuktikan kesahihan cerita ini dan ada yang berpendapat ini adalah mitos dan sekadar cerita rakyat yang disampaikan turun temurun.

Biar apa pun ceritanya, akan tetapi Gunung Reng ada menyimpan rahsia yang tiada siapa tahu. Yang pasti, ada sesuat misteri yang belum terungkai mengenai keberadaan batu besar disini.

Kepada penonton kami harapkan anda semua terhibur dengan video kami sediakan, dan jangan lupa Subscribe Addashuk Channel untuk memberi sokongan kepada kami untuk terus membuat video-video yang menarik selepas ini. Terima kasih kerana menonton.

PASAR PENDEKAR PASIR PUTEH KELANTAN | PASAR PAGI DALAM KEBUN GETAH | KEDAI KOPI PENDEKAR

Hari ni kami akan bawa anda ke sebuah pasar yang terletak di Kampung Guntong Pasir Puteh Kelantan. Hari ini adalah hari perasmian Pasar Pendekar juga dikenali dengan nama Pasar Kampung Guntong. Keunikan Pasar Pendekar ini ialah pasar tersebut berada dalam kebun getah. Tak siapa sangka dalam ladang getah ada sebuah pasar pagi yang sangat meriah. Di Pasar Pendekar ada menjual pelbagai keperluan harian seperti sayur-sayuran, ikan dan gerai makanan. Pasar Pendekar yang sebelum ini dikenali dengan nama Pasar Pagi Kampung Guntong ini telah ditukar nama kepada Pasar Pendekar. Penduduk setempat sebelum ini memanggil dengan nama pasar pagi dalam kebun getah kerana lokasi nya yang amat unik iaitu dalam kebun getah.

Lokasi Pasar Pendekar
https://goo.gl/maps/j7V5RYF4VVBwXHUn7

Lawati juga blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Waktu Operasi Pasar Pendekar ini adalah seawal pukul 6 pagi hingga 12 tengahari iaitu hanya pada hari jumaat sahaja. Pada hari Majlis Perasmian Pasar Pendekar, pengunjung serta penjual digalakkan memakai pakaian ala-ala pendekar dan juga pakaian tradisional masyarakat Kelantan.

Pasar Pendekar ini terletak di Kampung Guntong Pasir Puteh Kelantan iaitu 500 meter dari jalan Pasir Puteh ke Kota Bharu. Disini juga terdapat gerai jualan barangan terpakai, ikan anak pokok, beg, mainan kanak-kanak dan yang paling penting sekali ialah ada sebuah kedai makan iaitu Kedai Kopi Pendekar. Sekiranya anda berkunjung kesini, jangan lupa menikmati juadah makan pagi dengan suasana seperti era 50an. Kedai Kopi ini menyediakan meja makan dan kerusi dan yang paling unik ialah ada juga disediakan tikar dan meja untuk anda semua merasai pengalaman orang dulu-dulu.

Pasar Pendekar ataupun juga dikenali dengan nama Pasar Bunian telah dirasmikan pada 14 Oktober 2022 iaitu dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Penduduk Kampung Guntong Wakaf lanas dengan kerjasama Jawatankuasa Kebudayaan Pelancongan dan Perpaduan Daerah Pasir Puteh. Pasar Pendekar ini dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh, YABrs. Tuan Haji Ahmad Adlee Bin Yasin. Untuk memeriahkan lagi majlis perasmian ini pengunjung dan peniaga digalakan untuk memakai pakaian zaman dahulu bagi mengambarkan suasana zaman era 40an, 50an. Pakaian ala-ala pendekar bagi lelaki sangat dialu-alukan bagi generasi sekarang merasai zaman datuk nenek mereka dahulu.

Jangan lupa memberi sokongan kepada Addashuk Channel ini untuk kami membuat lebih video-video menarik untuk tontonan anda semua. Terima kasih kerana menonton.

FOOD HUNTER | JIWA KOPI & BINGSU PASIR PUTEH KELANTAN | TEMPAT MAKAN MENARIK DI KELANTAN

Untuk Food Hunter kali ni, Kak K dengan Abang K mencari kedai viral untuk makan petang. Kedai makan sedap pilihan kami hari ni ialah cafe Jiwa Kopi & Bingsu Cawangan Pasir Puteh terletak di Bandar Baru Pasir Puteh, Kelantan. Killer Menu kat cafe ni ialah Bingsu dia.. memang sedap sangat, korang takkan jumpa bingsu macam ni kt kedai-kedai lain. Letak je dalam mulut terus cair bingsu dia. Jiwa Kopi & Bingsu adalah antara kedai makanan sedap Kelantan.

Kami sempat merakam staf Jiwa Kopi & Bingsu membuat Latte Art. Tengok dia buat senang sangat tapi kalau buat sendiri confirm tak jadi, hanya orang yang berseni kreatif saja yang boleh buat latte art ni. Jom kita tengok latte art tutorial ni.

Lokasi Jiwa Kopi & Bingsu Pasir Puteh, Kelantan
https://goo.gl/maps/zsRCuoa13MLowDDi8

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

So ini adalah review bersama Kak K, korang kena datang lah dan rasa sendiri lah bingsu kat kafe hipster ni. Rasanya, Jiwa Kopi & Bingsu ni ada 7 cawangan iaitu Jiwa Kopi & Bingsu Tanjung Kuala Terengganu, Jiwa Kopi & Bingsu Kubang Kerian Kelantan, Jiwa Kopi & Bingsu Indera mahkota 7 Kuantan Pahang, Jiwa Kopi & Bingsu Cabang Tiga Kuala Terengganu, Jiwa Kopi & Bingsu Pasir Puteh Kelantan, Jiwa Kopi & Bingsu Tanah Merah Kelantan dan Jiwa Kopi & Bingsu Lembah Sireh Kelantan.

Harap dengan review ni, korang dapatlah sedikit sebanyak maklumat tentang cafe hipster juga dipanggil Kedai Kopi Moden yang sedap di Kelantan yang berada di Pasir Puteh.

Jangan lupa subscribe Addashuk Channel tanda support Kak K dan Abang K, next kita akan buat banyak lagi video terjah kedai bersama Kak K mencari Port Makan Sedap di Kelantan..

terima kasih kerana menonton, jangan lupa like and share ye..