My Family

Nama Addashuk ialah gabungan dari nama kami iaitu Adda dan Shuk. Dari situ lah kami mula menggunakan nama ini sebagai ‘Trademark’ kami di semua media sosial. Kami mempunyai 3 orang anak iaitu Putra Danish anak yang sulung, Putra Darees dan Putri Dhiana. Keluarga kami adalah keluarga yang biasa-biasa saja, tapi kami mempunyai impian iaitu ingin menjadi ‘Content Creator’ yang ingin menyampaikan info-info yang berguna kepada semua orang.

Diharapkan anda semua menyokong kami dengan cara ‘follow’ akaun media sosial kami di Instagram, Facebook Page, Tik Tok dan Youtube channel.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk singgah di blog kami dan media sosial yang lain.

Addashuk Channel

Subscribe Addashuk Channel di Youtube

Dalam channel ini anda akan disajikan dengan video-video Do-It-Yourseft (DIY). Dalam kehidupan ini kita perlu mempersiapkan diri dengan asas kemahiran dalam pertukangan. Kemahiran seperti ini adalah sangat penting kerana dengan adanya ilmu asas pertukangan, semua benda kita boleh melakukan sendiri dari sekecil-kecil pekerjaan seperti tukar kepala paip. Kemahiran seperti ini perlu kerana jika masalah kecil yang berlaku di rumah kita, adakah kita perlu menunggu keesokan hari untuk mencari tukang paip sedangkan kita mampu untuk membaikinya sendiri.

Untuk itu, di Addashuk Channel menyediakan video-video seperti itu untuk mempersiapkan diri anda menjadi orang yang serba boleh dalam menyelesaikan permasalahan di rumah anda.

Dalam Saluran ini juga kami sediakan video melawat tempat-tempat menarik dan review kedai makan yang sedap. Anda boleh subscribe Addashuk Channel untuk melihat lebih banyak video-video yang menarik.

Contoh video yang kami sediakan dalam Addashuk Channel.

Addashuk Films dan Addashuk Movies

Anda semua juga boleh melawati saluran youtube Addashuk yang lainnya, iaitu Addashuk Films dan Addashuk Movies. Kami yakin anda tidak akan kecewa dengan kandungan yang kami sediakan untuk keseronokan anda semua yang memberi banyak maklumat.

Addashuk Films

Saluran Addashuk Films menyediakan Short Film dan juga Cinematic Film di rakam menggunakan dron dalam resolusi 4k.

Addashuk Movies

Saluran Addashuk Movies juga menyediakan video-video ulasan filem yang menarik untuk di tonton.