AVANT CHOCOLATE | GREEN VIEW GARDEN | TEMPAT WAJIB SINGGAH | TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLAND

Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda ke salah satu tempat menarik di Cameron Highland iaitu di Avant Chocolate. Avant Chocolate juga dikenali dengan nama Green View Garden Cameron Highlands. Kepada para pengunjung yang datang ke Cameron Highland Avant Chocolate adalah salah satu tempat wajib singgah di Cameron Highland. Avant Chocolate ni terletak di jalan Lojing ke Simpang Pulai, so kalau anda dari Kelantan bercuti di Cameron Highland, dalam perjalanan balik ke Kelantan anda wajib singgah di Avant Chocolate. Daripada simpang tiga nk ke Gua Musang anda kena masuk ke jalan nak ke Perak lebih kurang 5 kilometer. Kalau anda dari Perak, Avant Chocolate ni memang jalan untuk balik ke Perak semula.

Yang istimewa kat Avant Chocolate ni, semua taman yang disediakan disini adalah berbumbung. So anda tak perlu risau la kalau hari hujan. Banyak tempat-tempat boleh bergambar disini, semuanya cantik-cantik. Sambil tu anda boleh berhenti rehat dan menjamu selera di restoran disini. So, kepada anda yang datang bercuti di Cameron Highland, jangan lupa singgah di Avant Chocolate.

Lokasi Avant Chocolate Cameron Highland
https://goo.gl/maps/e8ZUUJugX9X2X2xL8

Lawati juga Blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel menarik
https://www.addashuk.com

Produk berkualiti hanya boleh dibuat menggunakan bahan-bahan terbaik. Di Avant Chocolate Cameron Highlands Pahang Malaysia, mereka mendapatkan biji koko dan bahan-bahan terbaik untuk menghasilkan coklat terbaik kami untuk pelanggan. Sebagai penanam strawberi sejak tahun 1995, gabungan strawberi segar dari ladang digabungkan dengan coklat lebih halus, akan memberikan anda coklat strawberi yang terbaik.

Avant Chocolate komited untuk mengekalkan kaedah pembuatan tradisional terbaik dan kawalan kualiti, untuk memastikan Avant Chocolate sentiasa mempunyai produk terbaharu yang ditawarkan untuk pelanggan. Berbangga dengan produk dan minat terhadap perniagaan, Avant Chocolate boleh memberi jaminan kepada anda bahawa coklat yang kami hasilkan adalah kualiti yang lebih baik.

2 thoughts on “AVANT CHOCOLATE | GREEN VIEW GARDEN | TEMPAT WAJIB SINGGAH | TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLAND

  1. Pingback: Tempat Menarik di Cameron Highlands Yang Patut Dikunjungi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *