BANDAR AGACIA KAMPAR | DISNEYLAND MALAYSIA | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI PERAK | TEMPAT MENARIK DI PERAK

Bandar Agacia Kampar Ala Disneyland Malaysia Assalamualaikum. Kali ni kami akan bawa anda ke sebuah bandar di Kampar Perak. Bagi anda yang rancang nak bercuti ke negeri Perak, jangan lupa untuk datang ke sini di Kampar Perak. Sebabnya anda boleh singgah di salah satu tempat menarik di Kampar iaitu Bandar Agacia Kampar Ala Disneyland Malaysia ni. Kalau nak ke US atau Disneyland Hong Kong rasanya tak semua orang mampu. Kalau setakat untuk pakej percutian seorang tak pe la lagi. Tapi kalau pakej sekali dengan keluarga, berkira-kira juga lah nak bayar kan. So, kiranya kami nak rasa suasana bandar disneyland kami telah singgah di Bandar Agacia Kampar Ala Disneyland Malaysia. Kira ok lah kan? Ala-ala Disneyland gitu.. hahaha

Bandar Agacia Kampar ni adalah tempat wajib singgah di Perak, kalau anda dari pekan Kampar, memandu lebih kurang dalam 10 minit saja. Pekan Kampar ni merupakan kawasan luar bandar, jalan dekat sini tak berapa nak sibuk seperti di Ipoh. Masa mula-mula kami sampai dekat Bandar Agacia Kampar, suasananya agak sunyi, dengar kata bandar ni peniaga sudah tidak mampu untuk berniaga disini kerana sewa nya agak mahal dan harga yang dijual semestinya agak mahal juga untuk menampung kos-kos yang terlibat. Akibat harga barang-barang yang dijual sedikit mahal, pengunjung yang datang ke sini adalah hanya untuk mengambil gambar sahaja dan bukannya untuk membeli barang. Mungkin sebab itu la Bandar Agacia ni jadi sunyi sepi. Takde orang pun. Kedai makan pun takde. Nasib baik la kami dh makan awal-awal, datang sini hanya untuk bergambar saja.. Bandar Agacia Kampar ni sebenarnya lebih kepada satu kawasan bangunan kosong yang tak beroperasi yang berkonsepkan villa-resort dari kartun animasi seperti di Disneyland Hong Kong.

Lokasi Bandar Agacia
https://goo.gl/maps/WdCeTHPduenFc1kj7

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Bandar Agacia ataupun nama lain juga dipanggil Agacia City ni adalah salah satu tempat menarik di Perak. Setiap bangunan di Bandar Agacia Kampar ni mempunyai rekabentuk yang tersendiri dan tak sama antara satu unit dengan unit yang lain. Semuanya cantik-cantik belaka. No wonder lah banyak muzik video retis-retis Malaysia dirakam di sini. Suasana nya menjadi lagi cantik kerana semua bangunan dicat menggunakan warna pastel. So memang kelihatan sangat cantik terasa macam dekat negara Eropah kejap. Tapi… sayang lah sbb banyak dah bangunan yang tak terjaga. Biasa lah vandalism di mana-mana kan. Nama saja zaman maju tapi ramai je yang pemikiran masih ke belakang. Kemudahan dah elok orang sedia kan tapi itu lah, bila tak dijaga rosak juga kan. Contoh macam pondok telefon ala London dekat bawah ni. Konon kami nak masuk lah dalam tu sekali pintu rosak dah. Sedih jgk la, nak buat ni bukan sekejap tapi nk rosakkan boleh dengan sekelip mata.

Tapi apa apa pun bagi yang suka bergambar atau yang kaki kamera, memang syok lah datang sini sebab confirm gambar-gambar korang akan cun punya. Cumavnya kalau anda nak ke Bandar Agacia Kampar ni better datang sebelah pagi sebab nya kalau sebelah petang. Panas dia kemain lagi. Tak pun datang pada sebelah petang pun ok juga. Dan maybe weekend akan ramai dengan orang. So sila lah datang masa weekdays sebab orang tak ramai, gambar pun akan nampak menarik sebab orang tak ramai.

Subscribe Addashuk Channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa tekan tombol loceng untuk mengaktifkan notifikasi. Terima kasih kerana menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *