BYPASS WAKAF BHARU | PASIR PEKAN – PENGKALAN KUBOR | FLYOVER / JEJANTAS WAKAF BHARU 4K DRONE VIEW

PROJEK FLYOVER / BYPASS DARI ARAH KOTA BHARU MERENTANGI BULATAN WAKAF BHARU KE PENGKALAN KUBOR, KELANTAN

Projek Membina Bypass / Flyover Baru Wakaf Bharu terkini pada 17.04.2022. Bypass / Flyover dari Arah Kota Bharu Merentangi Bulatan Wakaf Bharu Ke Pengkalan Kubor merupakan projek yang telah diluluskan pelaksanaan dalam Rolling Plan 2 (RP2) Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) Tahun 2017.

Projek ini adalah melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan raya yang sediada bermula dari arah Kota Bharu bulatan Pasir Pekan, Simpang Empat FT134 Jalan Dusun Langgar – Jalan Pohon Tanjung. Pembinaan berakhir di Persimpangan Pasar dalam Bandar Wakaf Bharu dengan panjang keseluruhan adalah 1.4km.

Selain itu, projek ini akan melibatkan pembinaan jejambat (Flyover / Bypass) sepanjang 320 meter bermula dari Jambatan Atas Rel dan seterusnya merentasi Bulatan Wakaf Bharu.

Projek-projek yang terlibat adalah:
• Membina jejambat melintasi Bulatan Wakaf Bharu (Kota Bharu – Pengkalan Kubor) sepanjang 320 meter
• Melebar dua jambatan sedia ada (Jambatan Keretapi Wakaf Bharu – 26.2 meter dan Jambatan Alor Kedemit – 25 meter).
• Menaiktaraf Bulatan Wakaf Bharu ke Kota Bharu sedia ada.
• Pemasangan dan pengalihan utiliti, lampu jalan.
• Menyediakan Indirect pusingan U selepas simpang Pasar Wakaf Bharu. Bypass Wakaf Bharu, Pasir Pekan – Pengkalan Kubor

Flyover Jejantas Wakaf Bharu 4k Drone View dibina di Wakaf Bharu Kelantan. Iaitu dari Pasir Pekan Kelantan ke Pengkalan Kubor Kelantan. video publish by Addashuk, Addashuk Films.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *