CAMERON CENTRUM MALL BRINCHANG | TEMPAT WAJIB SINGGAH | TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS

Dimasa Cameron Centrum baru dibuka duhulu, ramai orang berpusu-pusu masuk kesini disebabkan suka suasananya seperti luar negara. Bukan apa, ini adalah satu-satunya shopping mall gaya moden kat Cameron yang ada. Dahulunya bila cuti di Cameron Highland Pahang Malaysia, asyik bergambar dengan bunga sahaja. Sekarang anda boleh mengambil gambar lebih cantik dengan suasana bertema kan London juga. Anda mungkin boleh terlupa yang anda berada di Malaysia. Ini shopping mall terbaru kat Cameron Highlands ini. Dan shopping mall Cameron Centrum adalah salah satu tempat wajib singgah di Cameron Highland ini buka sampai malam hari. Jadi anda boleh keluar dengan keluarga bila malam tiba. Ramai yang suka ke sini sebab didalamnya kelihatan seperti bandar moden dan sangat cantik. Boleh ber OOTD dan bergambar untuk kenang kenangan. Untuk masuk kesini adalah percuma.

Lokasi Cameron Centrum Cameron Highland https://goo.gl/maps/f2rN2TPVqhdvGRL59

Lawati juga blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel menarik https://www.addashuk.com

Alang-alang anda sudah berada di sini, anda boleh makan malam di kedai fast food seperti Pizza Hut dan Marrybrown, Starbucks, Family Mart. Dan untuk anda yang ingin beli barang keperluan cuti, boleh jenguk barang barang berkenaan di supermarket Billion di tingkat bawah. Sesetengah signboard di sini seperti Family Mart adalah berwarna hitam putih. Dan bukannya hijau macam biasa. Sebabnya polisi syarikat Family Mart menyatakan yang warna hijau untuk signboardnya akan dibuat begitu untuk cawangan yang kawasannya ada panorama cantik berlatar belakangkan alam semulajadi. Sebab mereka tidak mahu warna hijau signboard mereka lebih menyerlah dari suasana hijau alam sekitarnya.

Apa Ada Di Cameron Centrum Mall Brinchang ni? Cameron Centrum adalah tempat wajib pergi di Cameron Highland. Antara tarikan yang ada dekat sini ialah ada disediakan perkhidmatan Tram, ada deretan kedai seperti Baskin Robbins, Family Mart, Marrybrown, Billion, Guardian Dan banyak lagi kedai yang akan dibuka. Cameron Centrum adalah salah satu tarikan baru Di Brinchang Cameron Highlands yang sangat cantik seolah olah anda berada di negara Eropah. Kalau jalan-jalan di mall terbaru Cameron Centrum ni rasa macam tengah jalan dekat Eropah. Dengan suhu sejuknya, dan senibina bangunan ala-ala English style memang boleh lupa rupanya anda berada di Malaysia. Siapa yang suka selfie, disinilah portnya… Memang puas hati untuk menangkap gambar. Salah satu tempat menarik di Cameron Highland ini adalah Cameron Centrum Mall.

Setakat ini sahaja video yang kami sediakan kali ini. Diharapkan penonton mendapat informasi dan pengalaman yang berguna untuk perancangan percutian anda. Jangan lupa sabskraib addashuk channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa aktifkan loceng untuk tidak ketinggalan video-video yang akan datang. Terima kasih kerana menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *