CAWANGAN MYDIN MALL TERBESAR DI MALAYSIA | MYDIN TUNJONG KOTA BHARU KELANTAN | MYDIN HYPERMARKET

Cawangan Mydin Mall Terbesar Malaysia Dengan Konsep Baru telah di buka hari ini 10 Mac!!

Mydin Mall Tunjong Kota Bharu dibangunkan dengan konsep unik dan baru ini menampilkan bangunan surau asing dari bangunan mall namun boleh diakses melalui jejantas. Untuk kemudahan ayah dan para suami menunggu isteri shopping. Duduk surau kalau taknak dalam mall
Keluasan keseluruhan mall ini lebih sejuta kaki persegi dengan pengenalan Bazar Siti Hawa yang akan menjual pelbagai produk kering dan basah dari peniaga-peniaga tempatan. Bazar ini berkeluasan 76 208 kaki persegi, 177 lot kedai.

Bangunan Mydin Hypermarket ini mempunyai 3 tingkat yang di sediakan dengna fasiliti seperti surau, bazar, pusat jualan dan juga tempat permainan kanak-kanak. Disediakan juga lebih 400 lot sewaan perniagaan dengan menawarkan 1,000 peluang pekerjaan.

Cawangan Pasaraya Besar Mydin terbesar di Malaysia ini mengetengahkan hasil-hasil produk keluaran usahawan tempatan iaitu dengan adanya Bazar Siti Hawa yang akan dibuka tak lama lagi yang terletak di aras 2 bangunan berkenaan.

📍Lokasi Mydin Mall Tunjong
https://goo.gl/maps/ThA9QdLidLEnqfvo7

Singgah juga ke Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *