DAUR BEACH RESORT BACHOK KELANTAN | 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIEW SHOT ON DJI MINI 2

D’Aur Beach Resort mempunyai pantai yang sangat bersih dengan pelbagai dekorasi menarik. Pelbagai kemudahan yang disediakan kat sini. Untuk yang sukakan adventure, boleh lah menyewa ATV dan memandu untuk melihat keindahan sekitar pantai. DAur Beach Resort juga ada menyediakan Chalet untuk para pengunjung yang ingin bermalam.

Lokasi ke D’Aur Beach Resort
https://goo.gl/maps/n8DF16AcgR6HjNhPA

Lawati juga blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Chalet bermula dari RM150
Yuran masuk RM5 per car

Di jajahan Bachok terdapat banyak tempat menarik yang dikendalikan oleh orang perseorangan atau syarikat sebagai tempat peranginan. Salah satu yang berjaya menarik ramai pengunjung ialah DAur Beach Resort. Kedudukannya menghadap Laut Cina Selatan yang bentang luas dengan pantai pasir putih yang menarik menjadikan ia tarikan ramai. D’Aur Beach Resort antara pantai cantik di Kelantan. Dan D’Aur Beach Resort juga pernah menjadi tempat viral di Kelantan pada permulaan pembukaan nya. Pantai disini juga antara pantai cantik di Bachok.

D’Aur Beach Resort terletak kira-kira 35 kilometer dari Kota Bharu dan hanya 10 kilometer dari pekan Bachok. Tempat yang selasa dan mengutamakan kebersihan dan kemudahan asas yang diperlukan oleh pengunjung menjadikan D’Aur Beach Resort tumpuan ramai.

Dengan bayaran RM5/kenderaan dirasakan amat berbaloi untuk menikmati susana yang cukup menyenangkan dan mengembirakan. Lokasi yang luas dan pantai bersih membolehkan aktiviti berkumpulan dilakukan dengan selesa.

Video ini dirakam dengan resolution 4k Aerial Footage Cinematic Drone View, Shot on DJI Mini 2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *