DIY | CARA MUDAH BAIKI PETI SEJUK ROSAK | PETI SEJUK SAMSUNG | CARA BAIKI FREEZER ROSAK

Assaalamualaikum.. Hari ni abang K nak berkongsi satu pengalaman iaitu DIY cara mudah baiki peti sejuk rosak. Peti sejuk Samsung abang rosak berkemungkinan disebabkan kilat. So, peti sejuk abang ni bila ON suis pada mulanya lampu menyala kejap dalam seminit macam tu dia padam. Lepas tutup suis ON balik jadi balik macam tu.

Pada korang yang mengalami masalah peti sejuk tak hidup macam ni, boleh la ikut tutorial cara baiki freezer rosak yang abang buat ni. Dijamin menjadi sebab kita tukar PCB Board terus. Dalam Peti Sejuk ada dua litar PCB iaitu litar Power Supply dan Litar Inverter. Biasanya hanya Litar Power Supply yang selalu rosak. So abang just beli kat Shopee dan Plug and Play sahaja. Mudah kan??? So korang pun boleh buat sendiri juga. Daripada upah tukang baik kita baiki sendiri. Boleh dapat pengalaman dan yang penting dapat menjimatkan kos. Biasa nya kalau freezer tak hidup ni berpunca daripada kilat. So biasanya litar PCB power supply akan rosak.

Link Shopee beli PCB Board Samsung DA92-00461G
https://shope.ee/A9epKKRHGq

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *