GUNUNG RENG BATU MELINTANG JELI KELANTAN | KISAH MISTERI KAMPUNG TALA TERBENAM DI BAWAH GUNUNG RENG

Di tepi jalan ke Kampung Batu Melintang Jeli Kelantan, terdapat sebuah batu besar berbentuk tirus yang dinamakan Gunung Reng. Gunung Reng ini terletak 15 kilometer dari Pekan Jeli dipercayai ada kisah misteri. Kisah misteri yang dikaitkan itu ialah dikatakan dibawah tapak gunung ini pernah wujud sebuah perkampungan bernama Kampung Tala kira-kira 1400 tahun yang lalu. Disini juga terdapat Gua Gunung Reng dan kami berpeluang untuk meneroka gua tersebut. Di sekitar kawasan Gunung Reng ini Pihak Berkuasa Tempatan telah membangunkan satu Pusat Rekreasi Gunung Reng Jeli Kelantan sebagai tempat pelancongan. Disini terdapat permainan kanak-kanak dan gerai-gerai jualan makanan. Terdapat juga laluan khas untuk masuk ke Gua Gunung Reng. Disebelah Gunung Reng terdapat masjid yang dinamakan Masjid Gunung Reng. Gunung Reng adalah salah sebuah tempat menarik di Jeli Kelantan.

Lokasi Gunung Reng Batu Melintang Jeli Kelantan.
https://goo.gl/maps/Y5BNEF6pzKRAXkN68

Lawati juga Blog Addashuk Channel
https://www.addashuk.com

Kisah yang dipercaya turun temurun ini telah di ceritakan kepada orang kampung. Kampung Tala ini dibuka oleh orang bernama Tok Tak Dok juga dikenali sebagai Tok Tadoh. Kampung Tala adalah sebuah kampung yang penduduknya hidup aman damai dan sering mengadakan majlis keraian termasuklah perkara yang menyalahi batas-batas kemanusiaan iaitu sabung haiwan. Semua jenis sabung haiwan seperti ayam dan pelbagai jenis haiwan semuanya penduduk Kampung Tala telah lakukan. Ada satu permainan yang masih belum dilakukan oleh orang kampung itu. Pada satu ketika, penduduk kampung itu telah mengadakan temasya yang berlangsung 7 hari 7 malam dan menjadikan acara laga haiwan sebagai acara utama. Disebabkan inginkan kelainan pada malam ke-7, ada seorang penduduk meminta supaya diadakan acara laga kucing dan anjing.

Pada ketika itulah, cuaca mula berubah dan hujan lebat disertai ribut tiba-tiba melanda kampung itu. Penduduk dikampung sebelah amat terkejut melihat Kampung Tala sudah pun tiada dipercayai di tindih oleh batu besar yang kini dikenali dengan Gunung Reng. Itu la cerita yang diceritakan oleh penduduk kampung Gunung Reng yang dipercayai telah menjadi cerita turun temurun.

Di versi Moden pula ada yang mengatakan Gunung Reng adalah satu meteor yang jatuh dari angkasa lepas yang membenamkan Kampung Tala terserbut. Sememangnya wujud Batu Besar di sini adalah satu yang sangat pelik kerana dikawasan ini tiada batu-batu lain dah hanya Gunung Reng sahaja terpacak disini. Tiada bukti kukuh untuk membuktikan kesahihan cerita ini dan ada yang berpendapat ini adalah mitos dan sekadar cerita rakyat yang disampaikan turun temurun.

Biar apa pun ceritanya, akan tetapi Gunung Reng ada menyimpan rahsia yang tiada siapa tahu. Yang pasti, ada sesuat misteri yang belum terungkai mengenai keberadaan batu besar disini.

Kepada penonton kami harapkan anda semua terhibur dengan video kami sediakan, dan jangan lupa Subscribe Addashuk Channel untuk memberi sokongan kepada kami untuk terus membuat video-video yang menarik selepas ini. Terima kasih kerana menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *