HASNIK SERI MENANTI CELUP TEPUNG | TEMPAT MAKAN SEDAP DI PANTAI PENARIK | KEDAI MAKAN WAJIB SINGGAH

Assalamualaikum, kali ini kami akan bawa anda ke sebuah kedai makanan celup tepung yang popular di Pantai Penarik Terengganu iaitu Hasnik Seri Menanti Celup Tepung. Selain dari kedai NL Celup Tepung Bira Pata dan Mr Celup Tepung Station yang dikunjungi ramai pelanggan, Hasnik Seri Menanti Celup Tepung juga adalah salah satu lokasi yang menarik dan strategik iaitu berada betul-betul ditepi pantai. Pengunjung yang datang kesini bukan sahaja dapat menikmati keindahan pantai yang cantik dan bersih malah juga dapat menikmati makanan celup tepung yang sedap dan segar dengan harga berpatutan.

Kalau anda yang melalui jalan Pantai Penarik, kedai ini Hasnik Seri Menanti ni adalah lokasi kedai makan wajib singgah. Hasnik Seri Menanti Celup Tepung juga adalah salah satu tempat makan sedap di Pantai Penarik Terengganu. Apa yang best disini ialah menu celup tepung di goreng menggunakan dapur kayu. Aroma yang terhasil dari pembakaran kayu dikatakan akan menjadikan makanan lebih sedap.

Lokasi Hasnik Seri Menanti Celup Tepung Pantai Penarik Terengganu
https://goo.gl/maps/sge8wCCqC1QT9sPy6

Singgah juga ke Blog Addashuk
http://www.addashuk.com

Selain dari dapat menikmati makanan yang sedap-sedap di Hasnik Seri Menanti ni, anda juga boleh melihat keindahan panorama pantai yang sangat cantik dan sesuai untuk bergambar. Ada beberapa port-port untuk bergambar disediakan oleh premis ini dan sangat sesuai untuk yang minat OOTD.

Ok Guys.. diharapkan video ini dapat memberi manfaat kepada penonton dan jangan lupa SUBSCRIBE, Like dan Share tanda sokongan kepada Addashuk Channel untuk kami membuat video-video yang menarik selepas ini.. Terima kasih kerana menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *