Hentian R&R Amiza Titiwangsa Sesiapa yang melalui Lebuhraya Timur-Barat dari Perak ke Kelantan pasti akan melalui Hentian R&R Titiwangsa ini. Hentian rehat ini terletak di tanah tinggi Banjaran Titiwangsa. Hentian ini tersohor kerana pemandangan disini adalah sangat menarik yang boleh dilihat apabila cuaca cerah. Akan tetapi sekiranya musim hujan, anda boleh melihat seolah-olah anda berada di Cameron Highland kerana suasananya sangat berkabus. Selain itu juga, inilah satu-satunya hentian rehat yang sangat selesa boleh disinggah sebelum sampai ke pekan terhampir Jeli atau Gerik.
Lokasi Hentian R&R Amiza Titiwangsa
https://goo.gl/maps/c3LUYC5MyrUVNCJ87
Lawati juga Blog Addahuk untuk lebih artikel-artikel yang menarik
https://www.addashuk.com
Kami sekeluarga singgah di hentian ini semasa perjalanan dari Kelantan ke Perak. Suasana disini memang sangat menarik seperti yang diperkatakan. Pukul 11 pagi keadaan masih berkabus, sejuk dan nyaman. Udara segar berhembus lembut. Ramai juga yang singgah untuk berehat, atau ke tandas, atau makan dan minum di Restoran Amiza Titiwangsa dan sambil menikmati pemandangan yang cantik.
Lokasi Hentian R&R Amiza Titiwangsa ini terletak dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Hentian ini terletak di tengah-tengah antara Gerik, Perak dan Jeli, Kelantan. Jika dari Gerik, anda akan melalui Tasik Temenggor terlebih dahulu. Dan dari situ, perjalanan mendaki bukit lebih kurang 30 KM sebelum sampai ke hentian ini. Jika dari Jeli pula jaraknya kira-kira 50 KM.
Alamat:
Hentian Titiwangsa,
Lebuhraya Timur-Barat,
33300 Gerik,
Perak
Keindahan pemandangan boleh dinikmati di Hentian R&R Amiza Titiwangsa ini cukup mengagumkan. Walaupun ia bukan satu destinasi yang percutian, tetapi kedudukannya di laluan utama yang menghubungkan negeri pantai timur dengan negeri utara Semenanjung Malaysia, Hentian ini wajar di dibangunkan dan diwar-war kan kepada semua.
Apa yang paling menarik di sini adalah keindahan bukit-bukau yang mempesona mata memandang. Pemandangan hutan semulajadi yang menghijau dan kaki langit cukup cantik. Jika bernasib baik, anda dapat melihat kabus memutih dicelah bukit-bukau dan awan berbagai corak menghiasi langit menambahkan lagi kecantikan yang ada dan ia benar-benar memberi ketenangan.
Hentian ini terletak di puncak titiwangsa, hentian ini juga terdapat taman bunga dan landskap menarik. Pokok bunga berwarna-warni ditanam disekeliling kawasan dan dijaga dengan baik. Suasana yang sejuk dengan udara yang nyaman membuatkan anda seolah-olah berada di taman bunga di luar negara.
Sesuai dengan namanya sebagai hentian rehat, Hentian R&R Amiza Titiwangsa terdapat kemudahan awam yang diperlukan oleh pengguna laluan ini iaitu di antaranya Medan Selera, Tandas Awam, Tempat Rehat dan Surau. Bagi pengunjung yang berasa lapar, Restoran Amiza Titiwangsa adalah sebuah medan selera yang agak besar juga. Makanan yang ada termasuk nasi campur, roti, kek dan lain-lain. Turut terdapat disini ialah kedai burger dan kiosk yang menjual berbagai barangan runcit. Anda boleh membeli makanan ringan untuk dimakan dalam perjalanan pergi atau pulang.
Tandas awam yang besar dan sangat bersih disediakan untuk pengguna Lebuh Raya Timur Barat yang berhenti di sini. Dua bahagian tandas lelaki dan wanita dilengkapi bilik mandi terletak sebelah-menyebelah. Ia dijaga dengan baik dan bersih. Sebuah surau yang agak besar telah disediakan cukup untuk pengunjung. Dan dapatlah kami beramai-ramai mendirikan solat berjemaah dengan selesa. Bekalan air untuk berwuduk juga tiada masalah. Sejadah dan kain sembahyang disediakan atau mungkin juga di wakaf oleh orang-ramai.
Terdapat sebuah tempat rehat yang telah disediakan disebelah Restoran Amiza Titiwangsa. Kawasan berbumbung dengan lantai simen yang agak luas menjadi tempat merebahkan badan melepaskan penat memandu. Ia juga digunakan oleh pengunjung untuk menikmati bekalan makanan yang dibawa. Pada kami, itu adalah kemudahan yang cukup baik dan bermanfaat. Diharapkan semoga pengguna bersama-sama menjaga dengan baik terutama dari aspek kebersihan serta bertimbang-rasa dengan pengguna lain yang ingin berehat. Disini juga selalu dikunjugi oleh pengunjung yang suka berkhemah.
Hentian R&R Amiza Titiwangsa bukan lah destinasi percutian tetapi ia adalah tempat menarik yang mesti singgah jika melalui lebuh raya ini.
Setakat ini sahaja video yang kami sediakan kali ini. Diharapkan penonton mendapat informasi dan pengalaman yang berguna untuk perancangan percutian anda. Jangan lupa subscribe addashuk channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa aktifkan loceng untuk tidak ketinggalan video-video yang akan datang. Terima kasih kerana menonton.