Assalamualaikum…
Kali ini Abang K akan bawa anda ke sebuah kedai kopi hispter yang berada di Pasir Puteh Kelantan. Nama kedai ni ialah Hide Tea Cafe Pasir Puteh. Hide Tea Cafe Pasir Puteh yang terletak di Kampung Jeram adalah cawangan kedua HideTea Malaysia yang terletak di belakang DIY Lundang, Kota Bharu.
Singgah juga ke Blog Addashuk
https://www.addashuk.com
Lokasi ke Hide Tea Cafe Pasir Puteh
https://goo.gl/maps/VQTNirvaHyvwtTZXA
Kedai kopi hipster ini berkonsepkan makanan ala barat iaitu makanan Western. Anda boleh la datang kesini dengan keluarga. Memang best lepak-lepak kat sini, terdapat meja batu kepada yang suka makan dan minum sambil santai-santai menghirup udara segar di tepi bendang padi. Kedai ini juga ada tingkat atas yang disediakan untuk pelanggan. Memang cantik pemandangan dari tingkat atas terutama pada waktu matahari terbenam. Surau yang disediakan juga sangat selesa dan bersih.
Waktu Operasi
Isnin 11.00 pagi – 11.00 malam
Selasa 11.00 pagi – 11.00 malam
Rabu TUTUP
Khamis 11.00 pagi – 11.00 malam
Jumaat 3.00 petang – 11.00 malam
Sabtu 11.00 pagi – 11.00 malam
Ahad 11.00 pagi – 11.00 malam
Kepada peminat-peminat makanan Western dan kopi, boleh la datang sendiri ke Hide Tea Cafe Pasir Puteh. Ok gaisss.. Semoga video ni bermanfaat dan jangan lupa Subscribe, Like, Comment dan Share. Terima kasih kerana menonton.