HIKING BUKIT BAKAR MACHANG KELANTAN | SAMBUT HARI MERDEKA DI PUNCAK BUKIT BAKAR | TAMAN ECO RIMBA

Assalamualaikum…

Sempena hari kemerdekaan Malaysia kali ni family Abang K dan Kak K akan bawa anda semua mendaki Bukit Bakar Machang Kelantan. Bukit Bakar Kelantan yang terletak di daerah Machang Kelantan merupakan hutan lipur iaitu selain dari tempat untuk tempat untuk berkhemah, rekreasi, berkelah dan mandi manda anda juga boleh mendaki, hiking. Walalupun trek ataupun trail untuk hiking yang berturap atau bersimen tapi keadaan jalan yang hampir 45 darjah sangat mencabar. Trek yang lebih kurang 5km untuk sampai ke puncak sangat memenatkan bagi orang yang bukan kaki hiking tapi sememangnya satu pengalaman yang sungguh berharga. Selain dapat melihat keindahan alam pada viewpoint, kita dapat melihat pokok-pokok di sekeliling dengan suasana yang sejuk mata memandang.

Lokasi Taman Eko Rimba Bukit Bakar Machang
https://goo.gl/maps/Y4GRxtqXK4QBTQqH6

Lokasi Bukit Bakar View Point
https://goo.gl/maps/zvH5qvgGiAKm4edDA

Lokasi Pencawang Bukit Bakar
https://goo.gl/maps/4rhSsdbHePcLeS1CA

Lawati juga blog addashuk
https://www.addashuk.com

Ketinggian puncak Bukit Bakar ini kalau diikutkan menggunakan Jam abang iaitu 580 meter tapi ada juga yang mengatakan ketinggian puncak Bukit Bakar sebenar adalah 635 meter kalau betul-betul berada di puncak. Agak mencabar juga kerana trek berturap dan bersimen tapi hampir 45 darjah pacak.

Semasa anda berada view point, anda akan dapat melihat UiTM Machang Kelantan dengan jelas di lokasi Bukit Bakar View Point berada di ketinggian 459 meter.

Di kaki bukit ini sebenarnya ada Kawasan Perkelahan Bukit Bakar iaitu dipanggil juga dengan nama Taman Eko Rimba Bukit Bakar juga dipanggil Hutan Lipur Bukit Bakar. Terletak 9 km dari bandar Machang dan terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Bakar.

So kepada peminat hiking anda boleh la masukkan Bukit Bakar dalam list anda untuk next venue untuk mendaki. Ok gaiss.. jangan lupa like, komen dan share sekiranya video ni bermanfaat dan jangan lupa subscribe channel Addashuk dan aktifkan tombol loceng untuk tidak ketinggalan video-video yang akan datang. Terima kasih kerana menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *