ISTANA SANGKUT KUALA KRAI KELANTAN | THE HIDDEN GEM | ENAM JAHANAM | 4K AERIAL FOOTAGE | DJI MINI 2

Istana Sangkut ‘The Hidden Gem’ terletak di Lata Chatel iaitu di Manek Urai Kuala Krai Kelantan ini adalah lokasi yang sangat menarik untuk perkelahan keluarga ini dibuka pada tahun 2019 dan terletak di Kampung Laloh, Manik Urai. Lokasi ini sangat sesuai untuk menjadi ‘Checkpoint bagi pelancong luar dan juga tempatan.

Lokasi untuk ke Istana Sangkut
https://goo.gl/maps/B1WrLuLKnNjAJj4T8

Lawati juga blog Addashuk
http://www.addashuk.com

Istana Sangkut ini terdapat resort yang berkonsepkan tradisional yang mengekalkan keindahan flora dan fauna sangat sesuai dijadikan tempat perkelahan keluarga dan tempat untuk santai-santai bermandi-manda. Kemudahan yang disediakan adalah seperti rumah penginapan dilengkapi dengan kemudahan ‘Barbeque’, tapak perkhemahan, jungle tracking, flying fox dan sebagainya. Harga untuk penginapan adalah RM60 semalaman. Istana Sangkut adalah salah satu resort di Kelantan yang cantik.

Jika anda berkunjung ke Kuala Krai khasnya di Manek Urai, jangan lupa singgah di Kampung Laloh dan masuk ke Lata Chatel untuk merasai sendiri keindahan alam dan menghirup udara segar yang dikelilingi oleh bukit bukau dan merasai kesejukan dan kejernihan air sungai di Istana Sangkut ini. Istana Sangkut ini adalah salah satu tempat menarik di Kelantan dan tempat cantik di Kelantan.

Terdapat enam buah rumah penginapan yang unik dan menarik yang dibina di tebing kawasan air terjung di Kampung Chatel, Kuala Krai Kelantan dan menamakan chalet berkenaan dengan nama ‘Enam Jahanam’ iaitu watak dalam filem P. Ramlee. Nama-nama chalet itu adalah Jagindas, Sujama, Mumbala, Karambit, Katipang dan Baragas. Terdapat sebuah tandas yang ditulis perkataan ‘Marjinah’ dan ada tanda pangkah yang sinonim dengan filem P. Ramlee iaitu Ali Baba Bujang Lapok. Dan ada juga sebuah pondok yang dinamakan Ahmad Albab juga mengaitkan dengan filem P. Ramlee.

Yang paling penting, kata pemiliknya, Ismail Abdul Manaf yang berusia 56 tahun, nama Istana Sangkut itu juga adalah diambil dari babak filem Do Re Mi. Kata beliau lagi, setelah beliau membeli tanah kebun itu ternampak satu pondok yang sedia ada disitu dan pada masa itulah idea spontan itu muncul kerana seolah-olah pondok itu adalah seperti babak Istana Sangkut dalam filem Do Re Mi.

Itu sahaja sedikit maklumat yang dapat kami sampaikan. Jangan lupa subscribe Channel Addashuk Films tanda sokongan anda semua untuk kami lebih bersemangat dan menghasilkan lebih banyak konten-konten yang menarik. Terima kasih kerana menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *