JERAM MENGAJI PASIR PUTEH KELANTAN MALAYSIA | 4K FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIEW SHOT ON DJI MINI 2

JERAM MENGAJI PASIR PUTEH KELANTAN MALAYSIA | 4K FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIEW SHOT ON DJI MINI 2

Jeram Mengaji Kelantan ialah nama bagi sebuah kampung yang terletak di daerah Pasir Puteh Kelantan Malaysia. Jeram Mengaji Pasir Puteh Kelantan adalah merupakan salah satu lokasi menarik untuk dikunjungi kerana pemandangan di sini mirip dengan suasana di Kundasang Sabah. Malah ada yang mengatakan ia serupa dengan suasana Ladang Tenusu di New Zealand. Sebab itu lokasi ini turut juga dikenali dengan nama New Zealand Kelantan. Nama lain bagi Jeram Mengaji ini juga turut dipanggil Kundasang Kelantan.

Lokasi ke Jeram Mengaji

https://goo.gl/maps/i8XfSEnfSTGoD2zK6

Lawati juga blog Addashuk

https://www.addashuk.com

Jeram Mengaji terletak kira-kira 6 kilometer dari Pekan Selising dan kira-kira 22 kilometer dari pekan Pasir Puteh di Kelantan. Di sini terdapat Dairy Farm dan menjual pelbagai produk tenusu seperti susu berperisa dan susu segar. Di sini anda boleh bergambar kenangan kerana suasana di sini agak menarik dengan berlatarbelakangkan bukit-bukit.

Di Jeram Mengaji Kelantan ini mempunyai Ladang Tenusu SRZ Ternak dan Jeram Mengaji Agro Resort.

4k Aerial View, Cinematic Drone View, video ini tersedia dengan resolusi 4K dan dengan rakaman cinematik. Video ini dirakam dari DJI Mini 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *