KEA GARDEN GUEST HOUSE | KEA GARDEN MINI CHALET | HOTEL TERBAIK DI CAMERON HIGHLAND

Assalamualaikum guys, hari ni kami nak kongsikan satu pengalaman semasa percutian ke Cameron Highland tempoh hari. Sebenarnya kami nak sangat mencuba bermalam di Kea Garden Guest House. Akan tetapi kami tidak berpeluang untuk itu kerana Kea Garden Guest House ni telah penuh. Tapi tidak mengapa, pihak Kea Garden Guest House mengalu-alukan pengunjung datang kesini untuk bergambar di sekitar. So kami tidak lepas kan peluang untuk datang dan tengok sendiri suasana di Kea Garden Guest House ni. Memang tidak dinafikan seolah-olah berada dalam taman yang tersangatlah indah. Kalau anda ingin bermalam disini kalau anda rasa mahal untuk Guest House, anda boleh menempah Kea Garden Mini Chalet. Kea Garden Guest House ni adalah salah satu tempat wajib pergi di Cameron Highland. Kea Garden Guest House adalah salah satu hotel terbaik di Cameron Highland.

Lokasi Kea Garden Guest House
https://goo.gl/maps/KXzmyyR1PvzaczYbA

Lawati juga Blog Addashuk untuk artikel-artikel menarik
https://www.addashuk.com

Kea Garden Guest House ni ada bilik yangg ada balkoni dan ada juga yang tidak ada. Berhadapan dengan setiap bilik, buka sahaja pintu terus nampak taman bunga. Memang menarik sangat. Harga bilik ini memang mampu milik dan memang hotel bajet untuk anda. Kalau anda inginkan bilik yang lagi bajet, anda boleh menempah Kea Garden Mini Chalet dan harga lebih kurang RM80 untuk semalaman. Tapi Chalet ni memang untuk katil sahaja dan agak kecil tapi sangat berbaloi untuk tidur sahaja, ala-ala macam campsite gitu. Parking pun disediakan dan ianya percuma iaitu parking bawah tanah. Kat sini juga ada disediakan mesin air cucckoo dan sedikit air dan maggi, ada juga dijual makanan ringan di kaunter.

Kea Garden Guest House ini terletak betul-betul di belakang Pasar Kea Farm. Anda boleh tengok video yang kami rakam melalui udara menggunakan dron. So kalau anda yang merancang untuk park kereta dan ingin jalan-jalan di Pasar Kea Farm tanpa perlu memandu boleh lah book Kea Garden Guest House atau Kea Garden Mini Chalet. Kawasan berdekatan juga boleh pergi ke Sheep Santuary dan Muzium 5D. Antara tempat menarik di Cameron Highland, Kea Garden Guest House adalah salah satu daripadanya juga tempat wajib singgah di Cameron Highland.

Kami kesini untuk membeli sayur-sayuran, jagung dan bermacam-macam lagi. Sayur-saryuan yang dijual berharga RM10 1 pack. Macam-macam anda boleh beli kat sini seperti kek, buah strawberi, ubi dan bunga-bunga. Memang best sebab tak payah nak hadap jam nak pergi pasar. Kat depan hotel ni juga kalau waktu malam untuk dinner, anda boleh cuba rasa steamboat kat kedai Sinar Hijjaz Steamboat. Memang best steamboat kat sini. Harga pun sangat berpatutan dewasa RM30, kanak-kanak RM20. Buffet juga ada dijual disini dan banyak juga pilihan makanan.

Akhir sekali, Addashuk Channel mengesyorkan tempat wajib singgah ini Pasar pagi Kea Farm Cameron Highlands 5 bintang. Subscribe Addashuk Channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa tekan tombol loceng untuk mengaktifkan notifikasi. Terima kasih kerana menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *