KOPITIAM KITA | TEMPAT MAKAN SEDAP | KEDAI MAKAN VIRAL KOTA BHARU KELANTAN | MENU VIRAL ROTI TITAB

Kopitiam Kita adalah salah satu tempat makan sedap di Kota Bharu Kelantan. Kopitiam Kita juga pernah menjadi kedai makan viral bagi penduduk Kota Bharu khususnya dan di serata negara. Ada yang datang dari negeri Selangor semata-mata ingin mencuba menu istimewa dari Kopitiam Kita iaitu Roti Titab.

Lokasi ke Kedai Kopitiam Kita
https://goo.gl/maps/MmkRS9zCCrkqtTrU8

Lawati juga blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Kedai makan Kopitiam Kita adalah dikenali ramai dan antara kedai sarapan pagi yang paling famous dan top di Kota Bharu. Kopitiam Kita mengumpulkan semua jenis nasi bungkus yang dikenali ramai di kawasan Kota Bharu, Pasir Bekan, Wakaf Bharu dan Tumpat. Para pengunjung kedai makan ini boleh menikmati kesemua nasi bungkus tanpa perlu pergi ke kedai asal nasi berkenaan. Ianya seperti ‘One Stop Center’ untuk nasi bungkus yang sedap. Pelbagai menu nasi bungkus disini termasuklah Nasi Air Dingin, Nasi Kak Wok, Nasi Tumpang Kubang Pasu, Nasi Ayam Cobek dan macam-macam lagi.

Kedai Makan Kopitiam Kita ada menyediakan menu special iaitu Roti Titab. Menu ini diberi nama kerana struktur roti yang dibakar sendiri itu sangat tebal seperti sebuah kitab. Dihidangkan dengan ‘Kaya’ yang juga dimasak sendiri dan dihiasi dengan telur separuh masak ini nampak sangat menyelerakan. Anda mesti mencuba ‘Roti Titab’ ini di kedai makan Kopitiam kita.

Diharapkan para pengunjung channel ini dapat lah sedikit sebanyak maklumat tentang kedai makan sedap di kawasan Kota Bharu. Jangan lupa Subscribe, Like dan Komen tanda sokongan terhadap kami untuk kami membuat video-video yang menarik selepas ini. Terima kasih kerana menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *