MUZIUM ISLAM | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | TEMPAT WAJIB PERGI DI KOTA BHARU KELANTAN

Pada asalnya bangunan Muzium Islam ini adalah rumah kediaman bekas Menteri Besar Kelantan iaitu Encik Hassan Bin Mohd Salleh, bangunan ini telah menjadi rumah Menteri Besar Kelantan pada tahun 1895 hingga 1990.

Muzium Islam ini terletak bersebelahan dengan Masjid Muhammadi Kota Bharu, Bank Kerapu dan Padang Merdeka iaitu di Jalan Sultan Kota Bharu Kelantan. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1902 dan berkonsepkan ciri-ciri rumah melayu lama Kelantan sekitar hujung abad ke-19. Dan bangunan ini telah dijadikan Pejabat Majis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada tahun 1917 hingga 1990.

Lokasi ke Muzium Islam Kota Bharu Kelantan
https://goo.gl/maps/e1fRqyPPn2GuG17L6

Lawati juga blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Tonton juga Muzium Perang / Bank Kerapu
https://youtu.be/G7slMKrGwFI

Pada tahun 1991, bangunan ini telah dijadikan galeri untuk Muzium Islam dan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra iaitu pada 11 November 1991. Muzium ini dijadikan galeri dimana tempat untuk mempamerkan warisan sejarah masyarakat islam di Kelantan yang mengandungi pelbagai koleksi sejarah artifak, gambar-gambar dan rajah-rajah yang berkaitan dengan sejarah kedatangan Islam ke Kelantan. Muzium Islam adalah tempat wajib pergi di Kota Bharu. Muzium ini juga adalah diantara tempat menarik di Kelantan.

Muzium ini iaitu antara tempat menarik di Kota Bharu, juga mempamerkan tokoh-tokoh agama Islam, Majlis Agama Islam Kelantan dan pelbagai koleksi dari negara-negara Islam lain. Disini ada juga dipamerkan replika Mumia Firaun dan kerandanya iaitu di tingkat atas Muzium ini. Banyak koleksi-koleksi yang dipamerkan adalah berkaitan dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu khususnya Kelantan.

Juga ada dipamerkan koleksi-koleksi dalam bentuk artifak, replika, peta dan model mengenai sejarah penyebaran agama Islam dan perkembangan Islam di Kelantan. Koleksi-koleksi yang dikumpulkan ini kini terdapat 350 yang telah dipamerkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *