Assalamualaikum, kali ini abang k dan kak k akan bawa korang bersarapan di kedai makan legend yang sangat terkenal di kelantan. Kedai yang kami maksudkan itu ialah Kedai Nasi Kak Wook. Kami bawa anda ke lokasi Kedai Nasi Kak Wok yang asal iaitu bertempat di Jalan Tengku Mohd Maasum Kota Bharu iaitu berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Zainab. Untuk info jenama nasi Kak Wook ini telah dipatenkan supaya pengusaha kedai makan lain tidak sewenang-wenangnya menggunakan jenama ini disebabkan terlalu ramai yang mengambil kesempatan menggunakan nama yang sudah popular.
Lokasi Kedai Nasi Kak Wok Original
https://goo.gl/maps/qtpg8MSrR4UdT7ej7
Lawati juga blog Addashuk
https://www.addashuk.com
Jenama Nasi Kak Wok adalah menu nasi yang sangat popular di Kelantan dan beberapa negeri di Malaysia yang berperang dengan menu tiruan menyebabkan pewarisnya mendaftar hak cipta bagi memelihara kualiti asli Nasi Kak Wook. Hak cipta itu dilakukan pewaris Mek Wok Hassan iaitu Mastura Ibrahim telah mendaftar jenama itu mengikut hak cipta daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada 2013. Sekaligus jenama Nasi Kak Wook telah dipatenkan mengikut undang-undang. Untuk jaminan ketulenan lainnya, pewaris Nasi Kak Wook telah meletakkan wajah arwah ibunya sebagai logo di kain rentang di lapan cawangan kedai makan Nasi Kak Wook untuk membezakan produk mereka dengan peniaga yang mengambil kesempatan menggunakan jenama tiruan. Seorang anak Kak Wook iaitu Mastura Ibrahim berkata, tindakan itu dipersetujui oleh ketiga-tiga adik beradiknya bagi memastikan keaslian Nasi Kak Wook.
Di Kelantan, Kedai Nasi Kak Wook ini sangat legend dan merupakan tempat makan menarik di Kelantan dan para pengunjung ke negeri ini wajib singgah nak merasa sendiri keaslian ayam gulai dan ayam goreng yang terdapat di Kedai Nasi Kak Wook. Tidak lengkap percutian anda sekiranya tidak singgah dan mencuba nasi asli Kak Wook di Kelantan. Nama sebenar pengasas Nasi Kak Wook ini ialah Mek Wok Bt Hassan yang asalnya menjual resepi nasi yang berlaukan Ayam Goreng yang dipotong kecil dan Ayam Gulai kerompes. Kedai Nasi Kak Wok ialah antara kedai yang turun temurun yang pernah populai di Kelantan umumnya dan di Kota Bharu khasnya. Menu Nasi Kak Wook sangat ringkas iaitu nasi berlauk ayam goreng yang dipotong halus dan kerompes ayam gulai, akan tetapi rasa yang asli itu lah yang menyebabkan resepi Nasi Kak Wook ini unik dari yang lain.
Kedai Nasi Kak Wok adalah tempat wajib singgah sekiranya anda berada di Kelantan. Kedai ini juga pernah menjadi viral dan dijadikan kedai makan wajib dikunjungi.
Sekian sahaja untuk video kali ini, semoga anda semua mendapat info yang berguna kepada yang mencari kedai makan sedap di kelantan, kedai makan sedap di kota bharu khususnya.