Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda semua ke sebuah kedai makan yang sangat popular di Kota Bharu iaitu di Kok Lanas Ketereh. Kedai yang kami maksudkan itu ialah Kedai Nasi Kertas. Kedai ni sememang nya tersohor bagi penduduk kawasan Kota Bharu sebagai tempat makan sedap. Kedai ini juga pernah menjadi kedai makan viral satu masa dahulu oleh kerana kesedapan Menu Nasi Kertas yang dijual disini. So, kalau anda datang bercuti ke Kelantan, kedai ni wajib anda singgah untuk makan tengahari atau makan pagi kerana kedai ni adalah salah satu tempat makan sedap di Kota Bharu Kelantan. Memang kalau hari cuti umum atau hujung minggu kedai ni kebiasaan nya penuh dengan pengunjung untuk menikmati Nasi Kertas disini.
Nasi Kertas sebenarnya adalah nasi berlauk Kelantan yang dibungkus dengan kertas sahaja. Sekiranya diberi nama seperti nasi berlauk pagi atau nasi ala Kak Wok, ia agak klise. Sekaligus ini juga akan menjadi persoalan kepada orang ramai ‘Nasi Kertas ni macam mana ye?’, orang ramai akan cuba membeli nasi ini untuk mengetahui keistimewaan dan paling penting rasanya. Kedai Nasi Kertas adalah salah satu tempat makan sedap di Kota Bharu. Menurut Mohd Alif Aikal Mohd Nadzir iaitu pemilik Kedai Nasi Kertas telah beroperasi sejak 2016 lagi. Kedai Nasi Kertas menyediakan variasi juadah asli Kelantan termasuk nasi kerabu, nasi berlauk serta nasi ayam kampung madu yang menjadi kegemaran kebanyakan pelanggan. Diantara banyak-banyak kedai makan di Kelantan, Nasi Kertas ini adalah diantara kedai makan sedap di Kok Lanas.
Lokasi Nasi Kertas Kok Lanas
https://goo.gl/maps/4AB2fYDUXhTnL6pv6
Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com
Untuk peminat nasi ala kak wok, kalau anda ke Kota Bharu ataupun melalui kawasan Kok Lanas, cuba lah ke Kedai Nasi Kertas dan rasai sendiri keenakan Nasi Kertas asal dari negeri Kelantan. Kedai Nasi Kertas sudah mula berniaga di negeri Cik Siti Wan Kembang ni sejak tahun 2016. Waktu Operasi Nasi Kertas Kok Lanas Buka setiap hari dari 7.45 Pagi hingga 4.00 Petang. Diharapkan para pengunjung Addahuk Channel ini dapat lah sedikit sebanyak maklumat tentang kedai makan sedap di kawasan Kota Bharu.
Jangan lupa Subscribe, Like dan Komen tanda sokongan terhadap kami untuk kami membuat video-video yang menarik selepas ini. Terima kasih kerana menonton.