PANTAI TAPANG KUBANG GOLOK BACHOK KELANTAN | PANTAI CANTIK DI KELANTAN | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Assalamualaikum.. Hari ni abang K nak bawa anda ke sebuah pantai di Bachok Kelantan iaitu di Kampung Kubang Golok. Pantai menarik di Kelantan ni berada dalam tanah persendirian “Private Beach”. Pantai ini mula dibuka untuk orang ramai pada 10 Mac 2022. Bayaran masuk ke sini mengikut kategori :

Kereta RM5.00
Motosikal RM2.00
Individu RM1.00
Pondok Rumbia RM15.00 Setengah Hari
Pondok Besar RM30.00 Setengah Hari
Pondok Kecil RM20.00 Setengah Hari

Lokasi Pantai Tapang Kubang Golok.
https://goo.gl/maps/wcUJfwBbuv5Bi5wp7

Tonton juga video penuh Pantai Tapang rakaman dron
https://youtu.be/r4S5l9JY1AI

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Pada anda yang ingin mengunjungi Pantai Tapang Kubang Golok Bachok Kelantan ni, anda wajib singgah beli Ikan Bekok Kak Ani di jalan nak ke Pantai Tapang. Lokasi rumah Kak Ani 500 Meter sahaja dari Pantai Tapang. Ikan Bekok Kak Ani ni memang sedap sangat. Abang K sebelum ni dah pernah rasa ikan bekok kak ni nih. Memang sedap sangat, tak masin dan tak berbau. Untuk ke rumah Kak Ani boleh guna link GPS dibawah :
https://goo.gl/maps/t1kLmsAiuE1WGg7f9

So, Kalau anda datang bercuti di Kelantan, sangat rugi kalau tak ke tempat menarik di Kelantan ni iaitu Pantai Tapang, ada yang panggil pantai ini sebagai jolokan Pantai Maldives Kelantan. Pantai ini sangat bersih dan selesa sesuai untuk bawa anak-anak dan family berkelah.

So guys.. Jangan lupa untuk datang sendiri ke salah satu pantai di Bachok iaitu Pantai Tapang Kubang Golok ni untuk melihat sendiri keindahan suasana pantai cantik di Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *