PANTAI TOK BALI SEMERAK PASIR PUTEH KELANTAN | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | LOKASI TERBAIK MEMANCING

Tok Bali dibuka pada 1996, dengan pembinaan jambatan di atas tanah oleh Projek Kemasin Semerak (Perkasa), dan kemudiannya dengan pembinaan Terusan Tok Bali. Pembinaan terusan ini merupakan pemangkin utama pembangunan di Tok Bali, di mana terdapat pengangkutan melalui laut ke Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang di Laut China Selatan.

Pembinaan terusan ini juga memberi impak besar kepada Bandari Pasir Puteh yang sebelum ini sering banjir. Dengan adanya Terusan ini air dapat dikawal daripada terus mengalir ke Bandar Pasir Puteh. Begitu juga dengan kewujudan jeti pendaratan ikan laut dalam sehingga pertumbuhan industri pelancongan dan produk berasaskan makanan laut seperti keropok, bebola ikan dan sebagainya.

Lokasi ke Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan
https://goo.gl/maps/9L1NEEpQVMhDZR9S8

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Tok Bali merupakan sebuah kawasan yang pesat membangun dengan pelbagai perancangan dalam bentuk infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan awam serta pembangunan institusi pendidikan, kesihatan, keselamatan dan industri berasaskan hasil laut dalam. Terletak 16 km dari Pekan Pasir Puteh, kira-kira 11 kilometer dari Kuala Besut dan lebih kurang 50 kilometer dari bandar Kota Bharu. Tok Bali menjadi pusat peranginan terkenal di Kelantan kerana kawasan pantai yang bersih dan kemudahan penginapan yang selesa.

Tok Bali juga dikenali sebagai Supply Base untuk minyak dan gas. Pantai Tok Bali antara tempat menarik di kelantan. Sesuai untuk bawa keluarga beriadah di tempat cantik di Kelantan selain dari memancing, anak-anak dapat mandi di pantai. Terletak di Semerak Pasir Puteh Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *