PASAR KEA FARM BRINCHANG | KEA MARKET | TEMPAT WAJIB SINGGAH | TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS

Kea Farm ialah salah satu tempat menarik di Cameron Highlands yang paling popular ialah pasar pagi Kea Farm. Ia adalah destinasi tempat wajib singgah jika anda bercuti di peranginan tanah tinggi ini. Ia dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Walaupun digelar pasar pagi, ia beroperasi dari awal pagi hingga ke petang.

Alamat :
Kea Farm Brinchang,
39000 Cameron highlands,
Pahang

Lokasi Pasar Kea Farm
https://goo.gl/maps/JG4aPQ1k1ZtSswdA7

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Pasar Kea Farm terkenal dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan pokok-pokok bunga yang dijual dengan harga yang lebih murah berbanding tempat lain. Namun hakikatnya, tidak semua barangan lebih murah. Anda boleh bandingkan harga dan tawar-menawar sebelum membeli. Banyak pilihan deretan kedai disini. Yang penting anda jangan gopoh.

Lokasi Pasar Kea Farm adalah lebih kurang 4KM dari pekan Brinchang iaitu hampir 30 minit memandu. Ia terletak ditepi jalan sahaja. Anda tidak akan terlepas pandang tempat ini kerana ia selalu sesak dan kereta banyak yang parkir ditepi jalan.

Pasar pagi Kea Farm Cameron Highlands ini adalah tempat membeli-belah yang paling terkenal di Cameron Highland. Banyak produk tempatan boleh dijual disini. Apa yang menarik ialah buah-buahan dan sayuran yang dijual disini segar dari ladang. Harganya juga dikatakan lebih murah berbanding harga ditempat lain. Selain itu, barangan cenderahati juga banyak dijual disini.

Berbagai jenis sayur-sayuran yang ditanam di Cameron Highlands juga terdapat disini. Antara yang selalu mendapat perhatian pengunjung ialah tomato, bunga kobis, broccoli, carrot dan capsicum. Buah-buahan juga tidak kurang banyaknya. Antara buah-buahan popular termasuk strawberi, limau dan oren. Apa yang sering diperkatakan bila membeli di Kea Farm ialah jagung manis. Ada beberapa jenis jagung yang dijual yang popular seperti jagung mutiara manis tetapi yang paling laris ialah jagung manis musang king.

Satu lagi hasil tempatan popular disini ialah ubi keledek purple. Ubi keledek manis yang dijual disini sangat sedap. Jika anda belum pernah rasa sebelum ini, anda boleh beli dari gerai yang menjual keledek rebus disekitar kawasan Kea Farm ini. Kebanyakkan makanan yang dijual disini ialah produk hasil tempatan yang diceritakan tadi seperti keledek manis dan jagung manis. Selain itu, makanan yang selalu dibeli pengunjung ialah strawberi coklat, cendawan goreng dan berbagai buah-buahan kering. Jika anda tidak sempat membeli pokok-pokok bunga ditempat lain sebelum ini, jangan risau, di Pasar pagi Kea Farm ini juga tedapat berbagai jenis pokok bunga untuk anda pilih.

Pasar pagi Kea Farm Cameron Highlands adalah salah satu tempat mesti dilawati di Cameron Highland. Waktu yang paling sesuai untuk singgah disini ialah sebelum anda pulang bercuti. Anda tidak perlu membeli awal kerana dikhuatiri barangan yang dibeli akan buruk atau basi kerana tiada tempat penyimpanan khusus. Membeli barangan dalam perjalanan pulang adalah yang terbaik dilakukan untuk memastikan kita mendapat barangan segar dari ladang apabila sampai dirumah nanti.

Jika dahulu, Pasar Kea Farm memang sesak dan susah mendapat parking, sekarang tidak lagi. Ada ruang letak kereta yang luas disediakan diseberang jalan. Jangan parking ditepi jalan kerana ianya akan mengganggu lalulintas dan pengguna jalanraya lain. Akhir sekali, Addashuk Channel mengesyorkan tempat wajib singgah ini Pasar pagi Kea Farm Cameron Highlands 5 bintang.

Subscribe Addashuk Channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa tekan tombol loceng untuk mengaktifkan notifikasi. Terima kasih kerana menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *