Assalamualaikum, kali ni addashuk channel akan bawa anda ke Pasar Malam Brinchang ataupun juga dikenali dengan nama Pasar Malam Golden Hills oleh kerana Pasar malam ini kini telah berpindah ke Jalan Golden Hills. Pasar malam Golden Hills ini hampir sama dengan Pasar Kea Farm dan barangan yang dijual juga lebih kurang sama dengan yang ada di Kea Farm Cameron Highland. Bezanya cuma kat Pasar Malam Brinchang suhu sangat sejuk dalam Malaysia ini kerana pasar ini beroperasi pada waktu malam.
Lokasi Pasar Malam Brinchang / Pasar Malam Golden Hill
https://goo.gl/maps/HQbBuptR2QPfU8ND6
Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com
Jadi kalau anda yang ingin mencari menu untuk makan malam, disinilah tempat yang anda wajib datang. Disini ada dijual aiskrim, mee goreng, apam balik atau nasi ayam untuk anda cuba.Untuk anda yang ingin pulang keesokkan hari nya, dan anda tak mahu singgah ke mana-mana dalam perjalanan balik nanti, pasar malam Brinchang ini ada dijual buah strawberi dan juga sayur-sayuran. Pasar Malam Brinchang boleh jadi tempat tarikan terakhir yang anda singgah sebelum pulang.
Pasar Malam Brinchang ini hampir sama dengan kebanyakkan pasar malam lain di Malaysia. Dan apa yg dijual dalam pasar malam Brinchang selalunya ada dijual di kawasan lain dalam Cameron Highlands. Yang buat pasar malam Brinchang ini terkenal ada 2 sebab. Pertamanya, ini sahaja tarikan yang ada kat Cameron Highland pada sebelah malam. Dan kedua, sebab cuacanya yang sejuk pada sebelah malam. Jadi kalau makan jagung atau ubi stim panas, anda akan merasa sangat nikmat.
Sekiranya anda sudah lama tidak ke sini, kami nak beritahu. Pasar malam ini bukan lagi di dengan Star Regency HotePasar Malam Brinchang sudah bertukar ke Jalan Golden Hills. Sekiranya anda seorang yang sangat suka membeli belah di pasar malam, anda boleh menempah hotel atau homestay di Cameron Highland yang dekat dengan pasar malam. Untuk mengelakkan kesesakan, kami nasihatkan anda datang petang, dan bukan malam. Selalunyal. dari pukul 5.00 hingga 6.00 petang. Sekiranya anda datang di sebelah malam diantara pukul 8.00 hingga 10.00 malam, anda akan terperangkap dalam kesesakan lagi-lagi pada musim cuti.
Hari Pasar Malam Brinchang beroperasi adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Waktu Operasi Pasar Malam Brinchang adalah dari pukul 5.00 petang hingga pukul 11.00 malam.
Subscribe Addashuk Channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa tekan tombol loceng untuk mengaktifkan notifikasi. Terima kasih kerana menonton.