Rumah Dusun ini menyediakan sebuah rumah penginapan dan mempunyai 3 bilik. Dikawasan rumah ini ada disediakan kolam mandi, satu dewan terbuka dan halaman rumah yang sangat menarik. Rumah Dusun juga menyediakan pakej perkahwinan yang berkonsepkan ‘Wedding Garden’ dengan harga yang berpatutan. Pakej perkahwinan yang disediakan ini lengkap dengan perkhidmatan urusan kahwin, borang kahwin, Tok Kadi, Photographer, Jurusolek, pelamin, Khemah, makanan dan sebagainya.
Lokasi ke Rumah Dusun
Rumah Dusun
014-501 5111
https://maps.app.goo.gl/SExKifBFLA2AWy476
Tonton video penuh dari rakaman dron Rumah Dusun
https://youtu.be/1af8Plks3qc
Lawati juga blog Addashuk
https://www.addashuk.com
Rumah Dusun merupakan sebuah rumah penginapan berkonsepkan senibina tradisional Melayu dari Negeri Sembilan, Melaka dan Kelantan. Rumah yang dikelilingi dusun buah-buahan ini terletak di Bukit Saji, iaitu di Kampung Banggol Stol, Selising Pasir Puteh Kelantan. Rumah Dusun ini dibuka untuk para pengunjung mempunyai 3 bilik penginapan untuk tempahan. Pemandangan di sekitar pasti akan mengujakan setiap pengunjung yang tiba. Rumah Dusun ini adalah gabungan dari rumah Melayu lama dan rumah Melayu moden.
Kawasan Rumah Dusun ini mempunyai keluasan diantara 2 setengah ekar iaitu telah diwarisi oleh seorang peguam. Idea pembinaan Rumah Dusun ini berasal daripada pemilik rumah yang ingin membina rumah sendiri di kaki bukit tersebut. Impian pemilik rumah ini menjadi kenyataan pada tahun 2008 apabila memulakan pembinaanya. Rumah Dusun ini siap sepenuhnya pada tahun 2011 dan mempunyai keunikan yang tersendiri apabila konsep senibina rumah tradisional Melayu dari Negeri Sembilan, Melaka dan Kelantan digabungkan.
Elemen rumah Melayu tradisional ini diilhamkan daripada rumah Melayu Kelantan iaitu tempat asal pemilik rumah dan digabungkan senibinanya daripada rumah Melayu Negeri Sembilan dan rumah Melayu Melaka. Rumah Dusun ini dihasilkan melalui ciri-ciri rumah Melayu tradisional akan tetapi tidak dilupakan juga diselitkan elemen moden dalam pembinaannya.
Rumah Dusun yang terletak di kawasan kampung sememangnya menyajikan suasana yang tenang dan tempat yang menghijau kerana Rumah Dusun ini dikelilingi oleh berbagai jenis pokok yang di tanam di sekitar rumah ini. Atap yang membentuk bumbung juga dibuat khas daripada tanah liat yang dikenali sebagai atap singgora yang berwarna merah bata. Pembinaan rumah tradisional ini daripada atap sehinggalah kepada tungku alas tiang merupakan hasil kraftangan masyarakat yang kini penggiatnya sukar dicari. Pembinaan Rumah Dusun ini memakan belanja yang besar kerana pembuatan begitu unik dan eksklusif. Rumah ini terdapat tiga modul iaitu Rumah Ibu, Rumah Tengah dan Rumah Dapur.
Setakat ini sahaja info untuk kali ini, diharapkan anda semua terhibur dan dapat sedikit sebanyak maklumat tentang Rumah Dusun ini. Jangan lupa Subscribe Addashuk Channel tanda sokongan kepada kami untuk kami dapat menghasilkan lebih lagi video-video menarik selepas ini.