RUMAH DUSUN WEDDING GARDEN PASIR PUTEH KELANTAN | 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIEW DJI MINI 2

Rumah Dusun ini menyediakan sebuah rumah penginapan dan mempunyai 3 bilik. Dikawasan rumah ini ada disediakan kolam mandi, satu dewan terbuka dan halaman rumah yang sangat menarik. Rumah Dusun juga menyediakan pakej perkahwinan yang berkonsepkan ‘Wedding Garden Design’ dengan harga yang berpatutan. Pakej perkahwinan yang disediakan ini lengkap dengan perkhidmatan urusan kahwin, borang kahwin, Tok Kadi, Photographer, Jurusolek, pelamin, Khemah, makanan dan sebagainya.

Tonton video penuh dari rakaman dron Rumah Dusun
https://youtu.be/1af8Plks3qc

Lawati juga blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Rumah Dusun merupakan sebuah rumah penginapan berkonsepkan senibina tradisional Melayu dari Negeri Sembilan, Melaka dan Kelantan. Rumah yang dikelilingi dusun buah-buahan ini terletak di Bukit Saji, iaitu di Kampung Banggol Stol, Selising Pasir Puteh Kelantan. Rumah Dusun ini dibuka untuk para pengunjung mempunyai 3 bilik penginapan untuk tempahan. Pemandangan di sekitar pasti akan mengujakan setiap pengunjung yang tiba. Rumah Dusun ini adalah gabungan dari rumah Melayu lama dan rumah Melayu moden.

Kawasan Rumah Dusun ini mempunyai keluasan diantara 2 setengah ekar iaitu telah diwarisi oleh seorang peguam. Idea pembinaan Rumah Dusun ini berasal daripada pemilik rumah yang ingin membina rumah sendiri di kaki bukit tersebut. Impian pemilik rumah ini menjadi kenyataan pada tahun 2008 apabila memulakan pembinaanya. Rumah Dusun ini siap sepenuhnya pada tahun 2011 dan mempunyai keunikan yang tersendiri apabila konsep senibina rumah tradisional Melayu dari Negeri Sembilan, Melaka dan Kelantan digabungkan.

Elemen rumah Melayu tradisional ini diilhamkan daripada rumah Melayu Kelantan iaitu tempat asal pemilik rumah dan digabungkan senibinanya daripada rumah Melayu Negeri Sembilan dan rumah Melayu Melaka. Rumah Dusun ini dihasilkan melalui ciri-ciri rumah Melayu tradisional akan tetapi tidak dilupakan juga diselitkan elemen moden dalam pembinaannya.

Rumah Dusun yang terletak di kawasan kampung sememangnya menyajikan suasana yang tenang dan tempat yang menghijau kerana Rumah Dusun ini dikelilingi oleh berbagai jenis pokok yang di tanam di sekitar rumah ini. Atap yang membentuk bumbung juga dibuat khas daripada tanah liat yang dikenali sebagai atap singgora yang berwarna merah bata. Pembinaan rumah tradisional ini daripada atap sehinggalah kepada tungku alas tiang merupakan hasil kraftangan masyarakat yang kini penggiatnya sukar dicari. Pembinaan Rumah Dusun ini memakan belanja yang besar kerana pembuatan begitu unik dan eksklusif. Video ini dirakam dengan resolution 4k Aerial Footage Cinematic Drone View, Shot on DJI Mini 2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *