SMARTWATCH TERBAIK | HUAWEI WATCH GT 2 | HONOR MAGIC WATCH 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera… Hari ni abang nak review jam tangan pintar yang terbaik untuk anda yang baru nak mencari smartwatch.

Sebenarnya Smartwatch Huawei GT 2 ni abang dah pakai 2 tahun. Video ni kira-kira macam review 2 tahun selepas pakai la. Sebelum ni abang memang dah banyak dah beli smartwatch ni, semuanya tak ngam dengan abang. Abang nk pakai jam yang harga berbaloi dan yang paling penting smartwatch abang nk beli tu ada fungsi buat Call dan terima Call. So, selepas dah membeli banyak smartwatch, baru la abang jumpa smartwatch idaman abang iaitu HUAWEI WATCH GT 2 dan HONOR MAGIC WATCH 2. Sebenarnya kedua-dua smartwatch ni adalah sama, cuma berbeza pada jenama.

Jenama Honor ni sebenarnya tidak asing bagi pengguna Huawei. Jenama Honor ni adalah Clone dari Huawei. Sebelum ni Syarikat Honor ni adalah dibawah Huawei dan sekarang dah berpecah dengan Huawei kerana Honor tidak mahu menerima nasib yang sama dengan Huawei iaitu di Banned oleh US dan tidak boleh menggunakan Google Mobile Service (GMS).

Peranti Honor yang terkini telah boleh menggunakan GMS dari Google. Semua peranti yang dikeluarkan oleh Honor adalah memiliki 100% spesifikasi yang sama dengan peranti Huawei cuma hanya berbeza pada jenama sahaja. Peranti berjenama Honor adalah lebih murah dari peranti berjenama Huawei.

So, abang harap dengan video ni, anda dapat lah sedikit sebanyak maklumat yang mungkin berguna untuk anda yang nak membeli smartwatch yang terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *