TASIK BANDING/TASIK TEMENGGOR | PULAU BANDING | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI PERAK

Tasik Temengor ataupun dikenali juga dengan nama Tasik Banding merupakan empangan bagi janakuasa hidroelektrik di utara negeri Perak. Empangan ini telah dibina pada tahun 1970 dan empangan ini siap pada 1974. Air dari empangan ini disalurkan sebagai bekalan air minuman bagi penduduk negeri Perak dan Pulau Pinang. Empangan ini adalah berkeluasan 152 km persegi dan mengandungi 6,050 juta meter padu air meliputi Hutan Simpan Belum seluas 117,500 hektar.

Jarak dari bandar Ipoh ke Tasik Temengor ialah 250 km ke arah Gerik menuju ke Jeli di Kelantan. Laluan tersebut dikenali dengan Lebuh raya Timur-Barat. Dari Ipoh atau Pulau Pinang menuju ke Kelantan, anda perlu mengisi minyak di Gerik dan pulau Banding terlebih dahulu kerana tidak ada stesen minyak di lebuh raya Timur-Barat sehingga ke Jeli dan stesen minyak Petronas pekan Jeli. Di bahagian tengah ada sebuah pulau dikenali sebagai Pulau Banding atau Tasik Banding. Sebuah kem tentera dibina di kawasan ini bagi menjaga keselamatan Empangan Temengor. Jabatan Perikanan Perak ditugaskan melaksanakan Pelan Pengurusan Tasik Temenggor.

Lokasi Jeti Bot Tasik Banding
https://goo.gl/maps/dz2yY3X6knGo13DN6

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Tasik Temenggor terbahagi kepada Zon Pemuliharaan, Zon Perikanan Rekreasi dan Zon Komersil. Zon Pemuliharaan merangkumi bahagian utara Tasik Temenggor iaitu Sungai Kejar, Sungai Tiang dan Sungai Gadong. Belum-Temengor merupakan Kawasan hutan seluas 300,000 hektar yang terletak di utara Perak dan bersaiz empat(4) kali lebih besar daripada Singapura. Kompleks hutan ini terbahagi kepada dua(2) bahagian yang terletak di kiri dan kanan lebuhraya Timur-Barat. Taman Negeri Royal Belum terletak di sebelah utara, berdekatan dengan sempadan Malaysia Thailand manakala Hutan Simpan Temenggor berada di sebelah selatan Belum – penempatan bagi sukuk aum Jahai dan Temiar.

Kompleks ini membentuk landskap hutan yang bersebelahan dan terbesar di Semenanjung Malaysia, melindungi paling banyak mamalia besar seperti Gajah Asia, Tapir dan Harimau Malaya.. Kesemua 10 spesis burung enggang yang terdapat di Malaysia juga ada disini, termasuk Enggang Hutan yang kini terancam di seluruh dunia. Berusia sekitar 130 juta tahun, adalah anda tahu bahawa Belum-Temenggor lebih tua daripada Hutan Amazon (Amerika Selatan) dan Congo (Afrika)?

Daya Tarikan Pelancong
1.Resort Pulau Banding
2.Jambatan Tasik Temenggor
3.Monumen Jabatan Kerja Raya (JKR)
4.Perkampungan Orang Asli
5.Hutan Simpan Belum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *