TOK BALI, PASIR PUTEH KELANTAN, MALAYSIA | 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIEW SHOT ON DJI MINI 2

Tok Bali ialah sebuah pelabuhan perikanan dan juga pengkalan bekalan minyak dan gas di Kelantan, Malaysia. Tok Bali berada di dalam daerah Pasir Puteh Kelantan Malaysia dan terletak kira-kira 48 kilometer dari Kota Bharu dan kira-kira 13 kilometer dari Pasir Puteh dan juga kira-kira 11 kilometer dari Besut, Terengganu. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah menjadi tempat berlepas alternatif bagi pelancong ke Kepulauan Perhentian. Sumber pendapatan utama kampung ini ialah menangkap ikan dan bertani terutamanya tembakau.

Lokasi ke Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan https://goo.gl/maps/9L1NEEpQVMhDZR9S8

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Jabatan Laut memperuntukkan RM5 juta untuk pembangunan melalui wilayah ekonomi Pantai Timur termasuk membangunkan lagi Tok Bali sebagai pangkalan bot nelayan dan bot pelancong ke Perhentian dan Pulau Redang.

Terdapat banyak pengusaha resort di sekitar Tok Bali, salah satu nya ialah Tok Aman Bali Resort. Ramai orang datang ke sini untuk memancing ikan di Tok Bali. Pada musim ikan bertelur, kebanyakan ikan dari laut akan ke sungai untuk bertelur. Antara ikan yang sering menjadi buruan kaki pancing ialah ikan Gelama.

Video ini dirakam menggunakan DJI Mini 2 dan disediakan dalam format 4k. 4K Aerial Footage Cinematic Drone View. Jangan lupa Subcribe Addashuk Films untuk lebih video-video yang menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *