VLOG MAKAN MAGGI KETAM ALEMY BERSAMA AKOK CHANNEL | CHERANG RUKU PASIR PUTEH KELANTAN

Assalamualaikum..

Kali ni Abang K bersama Akok Channel, kita orang buat vlog cari makan best di sekitar Pasir Puteh Kelantan. So Abang K memang dah selalu pergi ke Alemy Maggi Ketam ni. Masa Akok tanya kat mana kedai best dalam daerah Pasir Puteh tu, terus abang teringat kedai ni. Akok juga nk buat content pasal tempat makan sedap di kawasan Pasir Puteh. So abang bawa la Akok dan kawan Akok iaitu Hatta cuba rasa masakan Maggi Ketam En. Alemy.

Support juga Akok Channel
https://www.youtube.com/c/AkokChannel

Untuk ke Alemy Maggi Ketam lokasi baru ni, anda kena ke lokasi lama duhulu. Dan apabila sudah sampai di lokasi kedai lama, buka google maps di lokasi kedai baru dibawah ini. Ini kerana sekiranya anda terus buka lokasi kedai baru, kemungkinan GPS akan bawa anda melalui jalan kampung yang sangat sempit.

Alemy Maggi Ketam lokasi lama
https://goo.gl/maps/PLxR2qESxo5fR9iU9

Alemy Maggi Ketam lokasi baru
https://goo.gl/maps/6rqaSvFweDgzmrQh6

Lawati juga blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Abang kenal kedai ni dah lama dah, masa tu abang belum kahwin lagi, dalam tahun 2005 memang kedai kat sini lah yang asal. Dan lepas tu Alemy Maggi Ketam ni buka kedai baru kt pekan Cherang Ruku sebab kedai asal tu tersorok sedikit dalam kampung. Selepas wabak melanda, En. Alemy juga turut terkesan dan kedai kat Pekan Cherang Ruku telah ditutup dan kemudian beroperasi di kedai asal.

Ketam yang En. Alemy gunakan ialah ketam Nipah yang segar. ada sesetengah ketam yang En Alemy gunakan adalah diimport dari negara jiran iaitu Thailand kerana ketam tempatan tidak dapat menampung jumlah permintaan yang sangat tinggi.

Memang sejak tahun 2005 abang menikmati menu Maggi Ketam En. Alemy ni abang tak pernah jemu. Dan rasa dia tidak pernah berubah walaupun sudah lama En. Alemy menjalankan restoran ini. Rasa dia memang sangat sedap dan kalau korang belum pernah rasa, memang akan setuju dengan abang 100%. Abang sejak tahun 2005 belum kahwin sampai sekarang 2022 dan abang dah ada 3 orang anak. Yang sulung umur 12 tahun, masih lagi tak pernah puas makan Maggi Ketam Alemy. Abang sangat rekemen lah kat korang kedai ni, gerenti puas hati. Alemy Maggi Ketam ni adalah antara kedai makan sedap di kelantan.

Harap dengan review ini, anda dapatlah serba sedikit tentang kedai makan sedap kat Kelantan ni.

Jangan lupa subscribe channel Addashuk tanda support Kak K dan Abang K, next kita akan buat banyak lagi review kedai makan yang best.. terima kasih kerana menonton, jangan lupa like and share ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *