WARUNG ACU TERA KEDAI CELUP TEPUNG VIRAL | PANTAI SABAK KELANTAN | TEMPAT MAKAN SEDAP DI KOTA BHARU

Assalamualaikum..

Hari ni abang dan keluarga pergi cari kedai makan yang sangat popular di Kelantan iaitu Warung Acu Tera yang terletak di Pantai Sabak, Kota Bharu Kelantan. Nama Acu Tera ni adalah berasal dari perkataan loghat Kelantan iaitu Acu bermaksud Cuba, Tera Bermaksud Rasa. Kedai ini telah menjadi kedai celup tepung viral sebelum ini. Makanan berasaskan celup tepung juga sangat sedap dan menggunakan ikan, sotong, udang yang segar. Lokan bakar dan Satar Ikan juga ada dijual disini.

Lokasi ke Warung Acu Tera
https://goo.gl/maps/k7ibvZQEeLZvocjx8

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Antara menu celup tepung yang ada di warung ini seperti Sotong Celup Tepung, Ikan Celup Tepung, Udang Celup Tepung dan bermacam-macam lagi menu-menu yang disediakan. Kepada anda yang tidak pernah sampai lagi ke warung ini, anda wajib datang dan cuba sendiri menu celup tepung yang disediakan.

Warung Acu Tera adalah diantara tempat makan sedap yang berada di kawasan Kota Bharu. Dengan keindahan panorama Pantai Sabak, anda juga dapat menikmati makanan yang sangat sedap. Sekiranya anda ingin berkunjung ke sini, saya nasihatkan anda datang awal. Kalau lambat nanti kedai full, jalan pun jammed dan parkir penuh.

Diharapkan anda terhibur dengan video ini dan jangan lupa Subscribe Addashuk Channel dan jangan lupa aktifkan tombol loceng untuk tidak ketinggalan video-video yang akan datang.

TAG : warung acu tera, tempat makan sedap di kota bharu, pantai sabak kelantan, acu tera sotong celup tepung, acu terai, sotong celup tepung

2 thoughts on “WARUNG ACU TERA KEDAI CELUP TEPUNG VIRAL | PANTAI SABAK KELANTAN | TEMPAT MAKAN SEDAP DI KOTA BHARU

    1. admin Post author

      kedai acu tera buka lagi sekarang ni.. kedai dia tutup hari rabu, boleh la kalau nk dtg.. tp kalau boleh kena dtg awal la, kedai dia buka pukul 3 sampai 10 malam rasanya, kalau dtg lewat petang takut parking full..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *