Assalamualaikum.. Hari ni abang K bawa anda semua ke sebuah kedai yang pernah viral iaitu Warung Raysha. Kalau anda sedang mencari-cari tempat makan sedap di sekitar Ketereh Kota Bharu Kelantan, warung ini adalah tempat makan best. Menu mee celup maggi celup perut lembu yang paling sedap yang ada di Warung Raysha ni. Anda wajib cuba menu ni kalau bertandang ke warung ni. Warung Raysha ni adalah salah sebuah yang pernah viral dengan menu mee celup paling sedap di Kota Bharu.
Lokasi ke Warung Raysha
https://goo.gl/maps/C3zaN1jxURFWxN7S7
Lawati juga blog addshuk
Selain dari menu masakan mee dan maggi, ada juga kuew tiaw dan bihun. Apa yang paling best ialah menu ‘Lauk Setambung’. Setambung itu bermaksud banyak, so anda boleh pilih menu dari masakan mee, maggi, kuew tiaw dan bihun dengan ‘Lauk Setambung’. Memang puas hati dapat meratah lauk yang sangat banyak.
Antara yang paling popular disini ialah lauk perut lembu. Lauk ni memang kegemaran orang kelantan. Kalau anda masih belum lagi merasa lauk perut lembu, anda wajib rasa di Warung Raysha ni. Abang K yakin anda semua akan datang kembali untuk menikmati lauk perut lembu.
Harap dengan video ni anda semua yang menonton dapat lah sedikit maklumat tentang kedai makan sedap di sekitar Kota Bharu Kelantan yang berada di bandar Ketereh. Jangan lupa subscribe Addashuk Channel untuk lebih video-video menarik. Terima kasih kerana menonton.
Alamat Warung Raysha Lot 1449, Kampung Hutan Pasir 16450 Ketereh, Kota Bharu Kelantan