Posts

FLOATING MARKET - PASAR TERAPUNG PENGKALAN DATU, KOTA BHARU KELANTAN

Image
Hari ni Kak K dan Abang K berkunjung ke Pasar terapung kedua yang ada di negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu di Pengkalan Datu, Pengkalan Chepa yang juga dikenali sebagai 'Pasar Tani Pelancongan'. Pasar terapung yang unik ini terletak di Cerana Villa Resort di Jalan Raja Sakti kira-kira 11 kilometer dari ibu negeri Kelantan iaitu Kota Bharu. Iaitu hanya 7 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa. Ia mula dibuka kepada orang ramai pada 9 September 2017. Ia beroperasi hanya pada setiap hari Sabtu bermula pukul 8 pagi hingga 2 petang.  Selain makanan dan barangan, rata-rata pengunjung ke sini adalah bagi mendapatkan pelbagai jenis hidupan laut segar yang baru ditangkap nelayan. Pasar terapung ini juga dimeriahkan lagi dengan pembinaan chalet-chalet dan penternakan ikan dalam sangkar. Selain aktiviti menjual beli, terdapat juga Cerana Cruise yang akan membawa pengunjung mengelilingi sungai dengan menaiki Perahu Kolek yang tidak sama dengan River Cruis...

FOOD HUNTER | KAK PAH ABE LAH IKAN BEKOK - Pantai Geting, Tumpat Kelantan

Image
Hari ni Kak K dengan Abang K mencari kedai untuk sarapan. Kak K dan Abang K pergi dengan basikal je, sambil terjah kedai kita orang jaga kesihatan juga ye. Jangan asyik makan je, kena la bersenam juga. Kak K dan Abang K kayuh basikal dalam 16km dari Kampung Morak ke Pantai Geting, dan laluan balik 21km dari Pantai Geting ke Kampung Morak melalui jalan Pengkalan Kubur - Wakaf Bharu. So total kami kayuh tak de jauh sangat, dalam 37km je.. 🤣 🤣 🤣 Kedai pilihan kami hari ni ialah Kedai Makan Ikan Bekok Kak Pah Abe Loh iaitu di Pantai Geting, Tumpat Kelantan. Menu utama kedai ni ialah Ikan Bekok. Bagi korang yang tak pernah rasa Ikan Bekok ni, rasa dia lebih kurang Ikan Kering je tapi lagi sedap la. dia punya isi ikan lembut. Memang sedap sangat sampai tak sedar makanan-makanan yang diambil dah habis dimakan... 🤣 🤣 🤣 Lokasi Kedai Kak Pah Abe Loh Ike Bekok klik link dibawah : https://goo.gl/maps/BeiEF2vND6q9iGwJA So korang kena datang lah dan rasa sendiri Ikan Bekok ni.. Harap de...

SINGGORA | KEUNIKAN RUMAH MELAYU KELANTAN

Image
Sebuah telaga berusia 100 tahun dan perahu menjadi elemen tambahan. Pemiliknya, Mohamad Salleh, 44, mengakui minat mendalam terhadap seni bina rumah tradisional memberi ilham kepadanya untuk merealisasikan kediaman unik itu di atas tanah seluas 700 kaki persegi. “Saya beli tanah ini pada 2005 dan mula mengumpul kayu cengal dari 12 rumah lama yang ingin diruntuhkan. Pada masa sama saya lakukan kajian mengenai rumah Melayu lama dan membuat sendiri pelan rumah ini. “Pada 2015, projek pembinaan rumah dijalankan dengan gabungan seni bina Kelantan dan Terengganu sebelum siap dua tahun kemudian,” katanya yang juga jurutera awam. Menurutnya, tujuan utama memilih konsep Melayu tradisional untuk mencipta suasana kampung biarpun berada di kawasan bandar. “Seni bina orang dulu-dulu, mereka mengambil kira faktor alam sebelum membina rumah. “Sama juga dengan rumah ini yang berlantai dan berdindingkan kayu selain mempunyai ‘sisip’ angin dibina bagi memudahkan pengaliran udara serta pencahayaan ...

ALEMY MAGGI KETAM LOKASI BARU - Encik Alemy Kongsi Masak Maggi Ketam Jadi Sedap

Image
  So pada korang yang pernah datang kedai ni, kalau kedai lama masih lagi tutup, korang pergi la ke lokasi baru. Link lokasi pun Kak K dah bagi tu. Dan pada korang yang tak pernah datang lagi, Kak K syor kan korang datang la sekali try Maggi Ketam dia macam mana. Hari ni kami bertuah kerana Encik Alemy sendiri menunjukkan cara-cara memasak Maggi Ketam. Kami difahamkan air dalam badan ketam segar itu lah menjadikan kuah maggi tu jadi sedap. so lepas ni korang boleh try la masak sendiri kt rumah. Kami difahamkan lokasi baru ni sebenarnya adalah lokasi lama kedai sebelum berpindah ke jalan besar kt Cherang Ruku. Kiranya balik tempat asal la ni.. Pada korang yang tak boleh datang ke kedai, korang boleh juga order Maggi Ketam Frozen. MAGGI KETAM FROZEN Maggi Ketam Frozen hadir dalam tiga saiz: 📌SAIZ M - RM 35 📌SAIZ L - RM 45 📌SAIZ XL - RM 55 + Kos penghantaran (COD) ♨️Cara penyediaan yang sungguh mudah, cuma panaskan dan sedia untuk di makan Kepada saing sobat hok mno dok...

1ST MALAYSIA FLOATING MARKET | PASAR TERAPUNG PULAU SURI, TUMPAT KELANTAN

Image
  Pernah dengar tak pasal Floating Market? Haaa... jangan ingat floating market ni ada kat Thailand je, kat Kelantan, Malaysia pun ada! Tak payah susah-susah nak pergi Hatyai. Floating Market ni terletak di Pulau Suri, Tumpat, Kelantan dan merupakan floating market pertama di Malaysia. Pengasas Floating Market Pulau Suri adalah Encik Ghani Dollah. Pasar Terapung Pantai Suri (Pok Ngoh) merupakan 'floating market' pertama di Malaysia. Pengunjung hanya boleh akses ke sini dengan hanya menggunakan jalan air iaitu dengan menaiki bot. Jeti Bot Utama “Kuala Besar”: Rm 2 per pax sehala. Jeti Kok Majid Tumpat : Rm 5 per pax sehala. Kini mereka sudah mempunyai 20 orang peniaga yang meniaga di atas sampan di mana semua peniaga-peniaga ini merupakan penduduk setempat. Banyak makanan dijual termasuklah : - Jeli Kelapa - Nasi Kerabu - Ketupat Sotong - Kerabu Bunga Nipah - Lokan bakar - Etok salai - Dim Sum - Miang Pla - dll Pasar terapung ini hanya dibuka pada setiap hari Sabtu sahaja...

FOOTAGE & SAMPLE VIDEO | DJI OSMO MOBILE 2 GIMBAL - Recorded by IPhone 7+ Effect with 8x Slow Motion

Image
  FOOTAGE & SAMPLE VIDEO | DJI OSMO MOBILE 2 GIMBAL - Recorded with IPhone 7 Plus Full editing with DJI GO App. Dirakam menggunakan DJI OSMO Mobile 2 Gimbal dengan IPhone 7 Plus dan dimasukan effect 8x Slow Motion. DJI OSMO Mobile 2 adalah sebuah Gimbal atau dikenali juga sebagai stabilizer untuk smartphone. Masih relevan lagi kah DJI OSMO Mobile 2 di tahun 2020? Pada saya. YA.. DJI OSMO Mobile 2 antara gimbal yang terbaik pada satu ketika dulu. Release Date ialah pada Februari 2018. Harga pada masa itu USD129 iaitu lebih kurang RM550. Harga sekarang iaitu Ogos 2020 ialah sekitar RM229. Memang berbaloi kalau nak beli. link shopee DJI OSMO Mobile 2 https://shopee.com.my/product/22737987/1073213195?v=19d.&smtt=0.0.3

FOOD HUNTER | KEDAI MOKSU PAH NASI AYAM COBEK - Wakaf Bharu, Kelantan

Image
  Hari ni Kak K dengan Abang K mencari kedai untuk breakfast. Kedai pilihan kami hari ni ialah Kedai Moksu Pah Nasi Ayam Cobek, Wakaf Bharu, Kelantan. Kami difahamkan kedai ni sudah beroperasi lebih dari 40 tahun. so memang kedai ni sedap lah, sebab tu sekarang pun masih beroperasi. Harap dengan review ni, korang dapatlah sedikit sebanyak maklumat tentang kedai makan yang sedap kat kawasan Kota Bharu ni. Jangan lupa subscribe channel Addashuk tanda support Kak K dan Abang K, next kita akan buat banyak lagi review kedai makan yang best.. terima kasih kerana menonton, jangan lupa like and share ye.. Tonton video-video FOOD HUNTER yang lain, klik link dibawah.. https://www.youtube.com/playlist?list=PLaOdnN5G-IF19K0An9fsy7KTp5G8cRBFf