FOOD HUNTER | KAK PAH ABE LAH IKAN BEKOK - Pantai Geting, Tumpat Kelantan




Hari ni Kak K dengan Abang K mencari kedai untuk sarapan. Kak K dan Abang K pergi dengan basikal je, sambil terjah kedai kita orang jaga kesihatan juga ye. Jangan asyik makan je, kena la bersenam juga. Kak K dan Abang K kayuh basikal dalam 16km dari Kampung Morak ke Pantai Geting, dan laluan balik 21km dari Pantai Geting ke Kampung Morak melalui jalan Pengkalan Kubur - Wakaf Bharu. So total kami kayuh tak de jauh sangat, dalam 37km je.. 🤣 🤣 🤣

Kedai pilihan kami hari ni ialah Kedai Makan Ikan Bekok Kak Pah Abe Loh iaitu di Pantai Geting, Tumpat Kelantan. Menu utama kedai ni ialah Ikan Bekok. Bagi korang yang tak pernah rasa Ikan Bekok ni, rasa dia lebih kurang Ikan Kering je tapi lagi sedap la. dia punya isi ikan lembut. Memang sedap sangat sampai tak sedar makanan-makanan yang diambil dah habis dimakan... 🤣 🤣 🤣 Lokasi Kedai Kak Pah Abe Loh Ike Bekok klik link dibawah : https://goo.gl/maps/BeiEF2vND6q9iGwJA So korang kena datang lah dan rasa sendiri Ikan Bekok ni.. Harap dengan review ni, korang dapatlah sedikit sebanyak maklumat tentang kedai makan yang sedap kat kawasan Tumpat ni. Jangan lupa subscribe channel Addashuk tanda support Kak K dan Abang K, next kita akan buat banyak lagi review kedai makan yang best.. terima kasih kerana menonton, jangan lupa like and share ye..


Comments

Popular posts from this blog

ULASAN FILEM PERFUME MOVIE REVIEW IN BAHASA MALAYSIA ENGLISH SUBTITLE

CARA BUAT AWNING RUMAH | GUNA C CHANNEL / BAJA RINGAN | BUAT KANOPI SENDIRI | CARA BUAT GARAJ KERETA

TOUR OF UiTM CAWANGAN KELANTAN KAMPUS MACHANG MALAYSIA 4K FOOTAGE CINEMATIC VIDEO SHOT ON DJI MINI 2