Posts

Showing posts from November, 2023

PASAR MALAM KOTA BHARU | UPTOWN DATARAN MARA KOTA BHARU | TEMPAT MENARIK DI KOTA BHARU

Image
  Kali ini kami akan bawa anda ke salah satu tempat menarik di Kota Bharu. Jikalau anda berkunjung ke Kelantan, Kota Bharu khususnya, anda wajib singgah di Uptown Dataran Mara Kota Bharu. Uptown ini seperti juga pasar malam lain tapi berbeza sedikit. Uptown Dataran MARA Kota Bharu merupakan tarikan terbaru di sebelah malam. Terletak di tengah pusat bandar, terdapat Food Truck yang menjual pelbagai menu tempatan dan luar, pasar karat dan pakaian turut dijual disini. Persembahan bUsking turut diadakan bagi menghiburkan para pengunjung. Lokasi Uptown Dataran Mara Kota Bharu https://maps.app.goo.gl/uLXrJD4hyGYB8Jam7 Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Waktu operasi Uptown Dataran Mara Kota Bharu ialah pada setiap hari iaitu dari pukul 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam. Uptown Dataran Mara di Kota Bharu, adalah tempat yang menjual makanan, pakaian dan kaya dengan sejarah yang menawarkan pengalaman unik untuk penduduk tempatan dan pelancong. video ini akan membawa...

DIY | CARA MUDAH TUKAR CYLINDER HEAD VALVE COVER GASKET TOYOTA VIOS NCP150 2014 PENYEBAB RPM RENDAH

Image
  Assaalamualaikum.. Hari ni abang K nak berkongsi satu pengalaman iaitu DIY cara mudah tukar gasket valve cover ataupun juga orang panggil gasket cover head. Asalnya kereta abang ni toyota vios NCP150 2014 rpm low. Bila gasket leaking minyak hitam akan masuk melalui plug kedalam kebuk pembakaran. So inilah penyebab rpm menjadi rendah. Pada korang yang mengalami masalah vios rpm rendah macam ni, boleh la ikut tutorial cara tukar gasket cover head yang abang buat ni. Bila gasket tu dah keras, akan ada enjin leaking. Minyak hitam keluar di celah gasket. Dari apa yang abang buat diy ni rpm kereta abang ni dah jadi normal. So abang just beli kat Shopee dan Plug and Play sahaja. Mudah kan??? So korang pun boleh buat sendiri juga. Daripada upah pomen baik kita baiki sendiri. Boleh dapat pengalaman dan yang penting dapat menjimatkan kos. Jadi, kalau kereta anda ada leaking seperti kereta abang ni, anda boleh buat diy saja. Benda mudah kalau buat sendiri jimat la. Link Shopee beli Orig...

KAMPUNG BUDAYA DI MUZIUM NEGERI TERENGGANU | TEMPAT MENARIK DI KUALA TERENGGANU

Image
  Assalamualaikum, so hari ni kami Adda & Shuk bawa anak-anak ke Perkampungan Budaya yang terletak di Muzium Negeri Terengganu. Memang best la bawa anak-anak melawat rumah-rumah tradisional masyarakat Melayu Terengganu. Kami dapat banyak info tentang senibina rumah melayu Terengganu. Kami juga bertuah kerana semasa kami berkunjung ke sini, terdapat program dikir barat yang dianjurkan oleh Muzium Negeri Terengganu. Lokasi Perkampungan Budaya Muzium Negeri Terengganu https://maps.app.goo.gl/xwKr6sFJDUB6ANTx8 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Industri pelancongan di negeri Terengganu lebih rancak dengan kewujudan produk baharu iaitu Kampung Budaya Terengganu, yang telah dibuka kepada orang ramai pada 2020. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata Kampung Budaya Terengganu yang terletak berdekatan dengan Muzium Negeri Terengganu itu mempunyai tujuh buah rumah yang setiap satunya mempunyai...

NASI DAGANG ATAS TOL CAWANGAN KAMPUNG ATAS TOL | TEMPAT MAKAN SEDAP DI KUALA TERENGGANU

Image
  Assalamualaikum.. Di video kali ni Abang K bawa anda ke salah satu restoran yang sangat popular di Kuala Terengganu iaitu restoran Nasi Dagang Atas Tol. Setahu abang, Nasi Dagang Atas Tol ni ada 3 cawangan, so hari ni abang akan bawa anda ke Nasi Dagang Atas Tol Cawangan Kampung Atas Tol iaitu yang asal Nasi Dagang Atas Tol Lokasi Nasi Dagang Atas Tol Kampung Atas Tol https://maps.app.goo.gl/v4yFL94djayB7JFX9 Singgah juga ke Blog Addashuk http://www.addashuk.com Pesan abang kalau anda nak berkunjung ke restoran ni, pastikan datang awal. Lagi awal lagi elok, kalau boleh sebelum pukul 8.00 pagi lah. Kalau anda terlewat bersedia lah untuk beratur panjang ye.. Kita orang pun banyak kali nak datang sebelum ni, tapi memang tak de rezeki tambah pulak bawa anak dan kita orang ada urusan lain tak boleh nak beratur, so tak de rezeki la nak merasai keenakan menu nasi dagang yang viral ni. So hari ni abang dari awal memang plan nk pergi awal, dari hotel turun pukul 7.30, sampai kedai ...