PASAR MALAM KOTA BHARU | UPTOWN DATARAN MARA KOTA BHARU | TEMPAT MENARIK DI KOTA BHARU


 Kali ini kami akan bawa anda ke salah satu tempat menarik di Kota Bharu. Jikalau anda berkunjung ke Kelantan, Kota Bharu khususnya, anda wajib singgah di Uptown Dataran Mara Kota Bharu. Uptown ini seperti juga pasar malam lain tapi berbeza sedikit. Uptown Dataran MARA Kota Bharu merupakan tarikan terbaru di sebelah malam. Terletak di tengah pusat bandar, terdapat Food Truck yang menjual pelbagai menu tempatan dan luar, pasar karat dan pakaian turut dijual disini. Persembahan bUsking turut diadakan bagi menghiburkan para pengunjung.

Lokasi Uptown Dataran Mara Kota Bharu https://maps.app.goo.gl/uLXrJD4hyGYB8Jam7 Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Waktu operasi Uptown Dataran Mara Kota Bharu ialah pada setiap hari iaitu dari pukul 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam. Uptown Dataran Mara di Kota Bharu, adalah tempat yang menjual makanan, pakaian dan kaya dengan sejarah yang menawarkan pengalaman unik untuk penduduk tempatan dan pelancong. video ini akan membawa anda mengembara melalui sorotan video Uptown Dataran Mara, meneroka sejarahnya, budaya setempat, pemandangan kulinari, pengalaman membeli-belah, pasar karat dan bermacam-macam lagi. Uptown Dataran Mara Kota Bharu atau dikenali juga Pasar Malam Kota Bharu adalah tempat menarik terbaru yang terletak di Tengah bandar Kota Bharu. Jadi kepada pengunjung yang datang bercuti di Kelantan, jangan lupa untuk datang dan menjelajah Uptown Dataran Mara. Terletak bersebelahan dengan bangunan Mara Kota Bharu. Bermacam macam acara yang ada disini seperti pertunjukan fesyen dan juga ada band bUsking. Jadi, anda mesti datang sendiri dan rasakan pengalaman Ketika anda bercuti di Kelantan. So.. anda jangan lupa Subscribe Addashuk Channel untuk video-video yang menarik yang banyak memberi info tentang tempat-tempat menarik yang perlu anda lawati. Ok gais, selamat menonton dan terima kasih, jangan lupa Like dan Share video ni untuk menyokong kita orang untuk terus membuat video-video yang akan datang... Assalamualaikum... Ini adalah video Vlog Pasar Malam Kota Bharu atau dikenali juga Uptown Dataran Mara Kota Bharu iaiatu salah satu tempat Menarik di Kota Bharu.

Comments