Posts

Showing posts from November, 2022

ZON BEBAS CUKAI RANTAU PANJANG | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN, TEMPAT WAJIB DILAWATI DI RANTAU PANJANG

Image
  Assalamualaikum, hari ni Abang K dan Kak K akan bawa anda semua membeli belah di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang. Zon Bebas Cukai Rantau Panjang adalah terletak di sempadan Rantau Panjang dengan Pekan Golok di Thailand. Disini anda boleh dapat coklat murah seperti coklat Langkawi. Anda juga boleh dapatkan periuk murah, pakaian murah. Coklat coklat yang dijual di Zon Bebas Cukai adalah coklat bebas cukai. Zon Bebas Cukai Rantau Panjang adalah salah satu tempat menarik di Kelantan dan adalah salah satu tempat wajib dilawati di Rantau Panjang. Zon Bebas Cukai Rantau Panjang Kelantan merupakan tempat yang terkenal sebagai kawasan zon bebas cukai yang terletak disempadan Malaysia Thailand iaitu yang terpisah dengan Sungai Golok. Pekan Rantau Panjang terletak kira-kira 40 km dari Kota Bharu. Dengan kepelbagaian produk seperti pinggan mangkuk, makanan, pakaian serta kelengkapan rumah dan sebagainya boleh didapati dengan harga murah kerana disini adalah kawasan bebas cukai. Lokasi Zon ...

ANUM AYAM KAMPUNG MADU | KEDAI MAKAN SEDAP | TEMPAT MAKAN SEDAP DI KOTA BHARU KELANTAN

Image
  Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda semua ke sebuah kedai yang sangat popular di Kota Bharu. Kedai yang kami maksudkan itu ialah Anum Ayam Kampung Madu. Kedai ni sememang nya tersohor bagi penduduk kawasan Kota Bharu. So, kalau anda datang bercuti ke Kelantan, kedai ni wajib anda singgah untuk makan pagi atau makan tengahari kerana kedai ni adalah salah satu tempat makan sedap di Kota Bharu Kelantan. Memang kalau hari cuti umum atau hujung minggu kedai ni kebiasaan nya penuh dengan pengunjung untuk menikmati Nasi Kukus Warisan ini. Lokasi Anum Ayam Kampung Madu https://goo.gl/maps/L3ZhT6TzKTRYjD4WA Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Anum Nasi Ayam Kampung Madu ini terletak di Jalan Merican Telipot iaitu di Kota Bharu Kelantan pernah menjadi kedai makan viral di Kelantan satu masa dahulu dan sekarang pun masih dikunjungi oleh ramai pengunjung. Kedai ni berdekatan dengan Billion Kota Bharu. Antara kedai makan sedap untuk makan pagi adalah kedai Anum Na...

LATA KASHMIR JELI | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | TEMPAT WAJIB DILAWATI DI JELI

Image
  Jika negeri Perak dikenali kerana tasik Banding, di Kelantan ada juga tasik yang dikenali dengan nama Tasik Pergau yang akan memberikan kenikmatan kepada pencinta alam semulajadi. Terdapat pelbagai flora dan fauna yang banyak terdapat di kawasan Tasik Pergau, tasik ini adalah tasik buatan manusia yang terhasil akibat pembinaan empangan hidroelektrik di Pergau. Lata Pergau menjadi tempat wajib pergi di Jeli setelah viral di media social dengan nama Lata Kashmir. Lokasi Lata Kashmir https://goo.gl/maps/8C5XxkoYy4X3R4pP7 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Tonton juga video penuh Dron Lata Kashmir https://youtu.be/slskvPat6Qk Tasik Pergau sememangnya tidak sepopular seperti Tasik Banding, tetapi ianya berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung ke kawasan ini. Kawasan ini mendapat gelaran Lata Kashmir oleh kerana suasana kawasan ini mirip dengan Kashmir di India. Kecantikan dan keindahan alam semulajadi tasik disini akan menarik para pengunjung datang ke sini. Tasi...

BAZAR TOK GURU | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KOTA BHARU

Image
  Bazar Tok Guru adalah mercu tanda terbaru di Kota Bharu. Bazar ini dibangunkan diatas tanah seluas 5.9 ekar iaitu tapak yang asal Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Tetapi tapak bagi Bazar Tok Guru merangkumi keluasan 1.5 ekar sahaja. Selebihnya adalah diperuntukkan untuk pembangunan fasiliti lain yang merangkumi hotel, pangsapuri dan premis perniagaan. Konsep rekabentuk Bazar Tok Guru ini bercirikan senibina Islam yang diambil daripada elemen rekabentuk dari masjid di Mekah dan Madinah. Salah satunya ialah rekabentuk kubah dan gerbang masuk yang diilhamkan daripada Masjid Nabawi. Bazar Tok Guru dibangunkan dengan tujuan untuk dijadikan sebagai mercu tanda baru bagi bandar Kota Bharu dan seluruh negeri Kelantan. Lokasi Bazar Tok Guru https://g.page/bazartokguru Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Bazar Tok Guru Waktu Operasi Bazar Tok Guru dibuka pada setiap hari bermula 8.30 pagi hingga 6.00 petang. Bazar Tok Guru ini adalah merupakan bazar yang paling lua...