EP8 : JELAJAH KTMB | JAMBATAN KERETAPI GUILLEMARD 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIDEO DJI MINI 2
Jambatan Guillemard adalah merupakan jambatan keretapi strukturnya kebanyakan adalah dibina daripada besi tumpat. Jambatan Guillemard ini merentasi Sungai Kelantan yang bermula dari sebelah Paloh Rawa Machang ke Kusial Tanah Merah. Jambatan ini mula dibina pada tahun 1920 dan siap pada tahun 1924. Jambatan Keretapi Guillemard ini adalah jambatan keretapi terpanjang di Malaysia iaitu 600 meter panjang. Jambatan ini dibina oleh Metro Carriage & Finance Company Limited dari Wednesbury Works England yang siap pada tahun 1824 setelah 4 tahun pembinaannya. Jambatan ini telah dirasmikan oleh Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada tahun 1925. Jambatan Guillemard ini dinamakan sempena nama Gabenor British pada ketika itu iaitu Sir Laurence Guillemard. Jambatan Guillemard ini pada asalnya dibina untuk menyediakan laluan bagi keretapi dan kenderaan-kenderaan lain pada ketika itu. Dan setelah jambatan lain yang berdekatan telah siap dibina pada 1 Februari 1948, Jambatan Gu...