Posts

Showing posts from October, 2021

DIY - CARA TUKAR MINYAK HITAM YAMAHA R15, FZ150i & Y15, BOLEH KE MOTOR PAKAI MINYAK HITAM KERETA

Image
  Assalamualaikum... Hari ni abang nak berkongsi satu pengalaman pakai minyak enjin kereta pada motosikal. Boleh ke minyak hitam kereta pakai kat motor? Untuk korang nak tahu, tonton video ni sampai habis. Sambil-sambil bercerita pengalaman abang guna minyak hitam kat motosikal abang tu, abang tukar terus minyak hitam motosikal abang iaitu R15 kena sumpah, hahaha.. Motosikal abang sebenarnya FZ150i asalnya, lepas tu abang beli coverset full fairing R15 V2 dari Indonesia sebab kat Malaysia tak de jual coverset R15 V2. Masa beli motor ni R15 V3 pun tak keluar lagi kt Malaysia. disebabkan abang minat R15, abang pun convert la FZ150i abang jadi R15. Tu pasal motor abang ni R15 yang kena sumpah.. hahaha.. Ok gaiss.. harap korang enjoy tonton video abang yang tak seberapa ni, maklumlah abang malu-malu juga depan kamera... so kalau korang suka video abang, jangan lupa Share dan Like, jangan lupa juga SUBSCRIBE channel Addashuk juga gaiss... lepas ni akan ada banyak lagi video-video D...

KAK YAH BUDU TEMPAYAN | KAK YAH IKAN BEKOK | PANTAI GETING, TUMPAT KELANTAN

Image
  Assalamualaikum gais... Hari ni abang K dan Kak K berkayuh basikal 17km pergi dan 17 km perjalanan balik, kami berkayuh sejauh 34km semata-mata nak ke Kak Yah Budu Tempayan di Pantai Geting. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya `budu tempayan' ni? Bagi mereka yang tinggal disekitar #Tumpat , Kelantan, mungkin semuanya tahu kerana budu tersebut diproses dan diperapkan ke dalam tempayan. Ada juga persoalan timbul berapa lama perlu diperap baru boleh dimakan dan dijual?Jawapannya seawal enam bulan ataupun paling lama setahun sebab makin lama disimpan dalam bekas tu makin sedap rasanya. Tapi zaman canggih sekarang ni...pengusaha budu dah menukarkan tempayan dengan bekas tangki plastik besar untuk menjaga kebersihannya. Salah seorang pengusaha budu tempayan yang tersohor ialah Wan Sofiah Wan Yusof dari Kampung Pantai Geting atau mesra dipanggil Kak Yah. Kak Yah ibu kepada lima anak itu mula buka kilang budu tempayan sejak enam tahun lalu dan perniagaannya mendapat sambu...

DIY - CARA BAIKI MICROWAVE BERBUNYI BISING TANPA MENGELUARKAN MODAL

Image
  Assalamualaikum... di video kali ini abang akan tunjukan cara macam mana untuk mengatasi masalah Microwave berbunyi bising. Microwave dapat berfungsi dengan baik tapi nak guna tu rasa macam takut je sebab bunyi dia sangat kuat dan bingit. korang boleh tengok la video ni sampai habis dan abang yakin kalau kat rumah korang ada microwave yang mengalami masalah yang sama korang pun dapat baiki sendiri. Cara dia sangat senang. Ok gaiss... kalau korang rasa video ni bermanfaat, jangan lupa Like, Share dan Comment tanda sokongan untuk abang terus membuat video-video DIY. Jangan lupa Subscribe Addashuk Channel dan aktifkan butang loceng untuk notifikasi video yang baru diupload kelak.. terima kasih kerana menonton...