KU JOLI COLEK PERUT SO GOOD AMAZING WOW, TEMPAT MAKAN SEDAP DI MACHANG KELANTAN, KEDAI WAJIB SINGGAH
Assalamualaikum.. Hari ni abang K dan keluarga akan bawa anda semua ke sebuah kedai yang viral di Machang. Kalau anda sedang mencari-cari tempat makan sedap di sekitar Machang, Kelantan, kedai ini adalah tempat makan sedap yang patut anda singgah. Menu colek perut muda lembu yang paling sedap yang ada di kedai Ku Joli. Anda wajib cuba menu ni kalau bertandang ke Kedai ni. Kedai Ku Joli Colek Perut ni adalah salah sebuah kedai makan yang viral dengan menu colek perut paling sedap di Machang. Ku Joli So Good, Amazing, Nice, Fantastic.. Wow.. adalah trademark beliau. Sejak akhir-akhir ini dalam aplikasi Tik Tok telah digemparkan dengan kisah viral Ku Joli Colek Perut iaitu seorang penjual colek perut di Machang. Dengar katanya menu Colek Perut beliau sangat sedap, menggunakan perut bulat ataupun dipanggil juga perut muda, sehingga ada yang sanggup memecah rekod tertinggi.. dan yang terbaru pula ada yang sanggup membayar RM2500 hanya untuk makan colek perut Ku Joli So Good , Amazin...