KOTA A FAMOSA | GEREJA ST. PAUL BUKIT MELAKA | TEMPAT WAJIB SINGGAH | TEMPAT MENARIK DI MELAKA
Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda ke salah satu tempat menarik di Melaka iaitu kawasan berkedekatan dengan Menara Taming Sari iaitu kawasan Bukit Melaka. Kepada para pengunjung yang datang ke Melaka, di kawasan Bukit Melaka terdapat peninggalan kota lama iaitu Kota A Famosa dan di atas bukit terdapat Gereja St. Paul Bukit Melaka, kawasan ini adalah salah satu tempat wajib singgah di Melaka. Kota A Famosa ni terletak di Bandar Hilir Melaka, so kalau anda dari Kelantan bercuti di Melaka, salah satu tempat menarik di Melaka adalah kawasan Bukit Melaka. Apabila anda berada di puncak St. Paul, anda boleh menyaksikan banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti Selat Melaka, Kompleks TUDM, Stadthuys, Puncak St. Paul, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka, kota a famosa dan Masjid Negeri Melaka. Kota A Famosa telah dibina selepas Portugis berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa membawa makna ‘Yang Termasyur’, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kota ...