Posts

Showing posts from January, 2024

LATA KASHMIR JELI KELANTAN, 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIDEO DJI MINI 2

Image
  Jika negeri Perak dikenali kerana tasik Banding, di Kelantan ada juga tasik yang dikenali dengan nama Tasik Pergau yang akan memberikan kenikmatan kepada pencinta alam semulajadi. Terdapat pelbagai flora dan fauna yang banyak terdapat di kawasan Tasik Pergau, tasik ini adalah tasik buatan manusia yang terhasil akibat pembinaan empangan hidroelektrik di Pergau. Lata Pergau menjadi tempat wajib pergi di Jeli setelah viral di media social dengan nama Lata Kashmir. Lokasi Lata Kashmir https://goo.gl/maps/8C5XxkoYy4X3R4pP7 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Tonton juga video penuh Vlog ke Lata Kashmir https://youtu.be/7DTW3848YNs Tasik Pergau sememangnya tidak sepopular seperti Tasik Banding, tetapi ianya berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung ke kawasan ini. Kawasan ini mendapat gelaran Lata Kashmir oleh kerana suasana kawasan ini mirip dengan Kashmir di India. Kecantikan dan keindahan alam semulajadi tasik disini akan menarik para pengunjung datang ke sini. T...

TOK BALI, PASIR PUTEH KELANTAN, MALAYSIA | 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIEW SHOT ON DJI MINI 2

Image
  Tok Bali ialah sebuah pelabuhan perikanan dan juga pengkalan bekalan minyak dan gas di Kelantan, Malaysia. Tok Bali berada di dalam daerah Pasir Puteh Kelantan Malaysia dan terletak kira-kira 48 kilometer dari Kota Bharu dan kira-kira 13 kilometer dari Pasir Puteh dan juga kira-kira 11 kilometer dari Besut, Terengganu. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah menjadi tempat berlepas alternatif bagi pelancong ke Kepulauan Perhentian. Sumber pendapatan utama kampung ini ialah menangkap ikan dan bertani terutamanya tembakau. Lokasi ke Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan https://goo.gl/maps/9L1NEEpQVMhDZR9S8 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Jabatan Laut memperuntukkan RM5 juta untuk pembangunan melalui wilayah ekonomi Pantai Timur termasuk membangunkan lagi Tok Bali sebagai pangkalan bot nelayan dan bot pelancong ke Perhentian dan Pulau Redang. Terdapat banyak pengusaha resort di sekitar Tok Bali, salah satu nya ialah Tok Aman Bali Resort. Ramai orang datang...

JERAM MENGAJI PASIR PUTEH KELANTAN MALAYSIA | 4K FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIEW SHOT ON DJI MINI 2

Image
JERAM MENGAJI PASIR PUTEH KELANTAN MALAYSIA | 4K FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIEW SHOT ON DJI MINI 2 Jeram Mengaji Kelantan ialah nama bagi sebuah kampung yang terletak di daerah Pasir Puteh Kelantan Malaysia. Jeram Mengaji Pasir Puteh Kelantan adalah merupakan salah satu lokasi menarik untuk dikunjungi kerana pemandangan di sini mirip dengan suasana di Kundasang Sabah. Malah ada yang mengatakan ia serupa dengan suasana Ladang Tenusu di New Zealand. Sebab itu lokasi ini turut juga dikenali dengan nama New Zealand Kelantan. Nama lain bagi Jeram Mengaji ini juga turut dipanggil Kundasang Kelantan. Lokasi ke Jeram Mengaji https://goo.gl/maps/i8XfSEnfSTGoD2zK6 Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com Jeram Mengaji terletak kira-kira 6 kilometer dari Pekan Selising dan kira-kira 22 kilometer dari pekan Pasir Puteh di Kelantan. Di sini terdapat Dairy Farm dan menjual pelbagai produk tenusu seperti susu berperisa dan susu segar. Di sini anda boleh bergambar kenangan kerana suasan...

KRAI WATERPARK | TAMAN TEMA AIR KUALA KRAI | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KUALA KRAI

Image
  Krai Water Park adalah hasil dari usahasama Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) dan ST Amusement (M) Sdn. Bhd. Usaha membawa masuk restoran francais McDonald's ke Kuala Krai yang kini telah pun tercapai dan McDonald's Kuala Krai telah pun dibuka. Pihak Majlis Daerah Kuala Krai dalam masa yang sama juga sedang menarik pelaburan luar untuk datang memajukan jajahan Kuala Krai. Pasukan pelaburan dan ekonomi yang diketuai oleh YM. Yang Dipertua MDKK, telah berjaya membawa masuk satu lagi tarikan pelancongan baru yang mampu mengubah senario pelancongan domestik di daerah Kuala Krai khususnya. Kini Kuala Krai akan mempunyai Taman Tema Air (Krai Water Theme Park) yang terletak bersebelahan Mini Zoo Kuala Krai dan bakal dibuka pada 15 Januari 2024. Krai Water Park ini dilengkapi dengan prasarana yang cukup menarik dan dibangunkan sesuai bagi semua peringkat umur seisi keluarga. Dengan keluasan tapak seluas 2 ekar, Krai Water Park ini boleh dikategorikan sebagai antara yang terluas dan...