Posts

Showing posts from April, 2022

VLOG BERBUKA PUASA DI TEPI SUNGAI KELANTAN | DATARAN SUNGAI KELANTAN | LEMBAH SIREH KOTA BHARU

Image
  Assalamualaikum.. Hari ini abang K dan keluarga datang ke tepi Sungai Kelantan untuk merasai suasana berbuka puasa dikawasan rekreasi ditebing Sungai Kelantan di Kota Bharu menjadi tumpuan penduduk bandar berkenaan berbuka puasa sejak awal bulan Ramadhan lalu. Lokasi terbabit mempunyai persekitaran padang yang luas serta pemandangan sungai yang indah menghadap Sungai Kelantan. Kami datang ke lokasi popular yang kedudukannya yang lebih spesifik dibelakang sebuah pasaraya di Lembah Sireh. Kami datang seawal jam 5 petang kerana kalau lambat tempat akan penuh. Ada yang membawa makanan yang dibeli daripada Bazar Ramadhan Tesco tidak kurang juga ada yang membawa nasi dan lauk pauk yang dimasak dari rumah untuk berbuka puasa dikawasan lapang ini. Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Tonton video penuh rakaman dron https://youtu.be/2P0TN_CJhto Kami mengambil peluang untuk berbuka puasa secara terbuka dengan duduk bersila bersama keluarga di Dataran Sungai Kelantan ...

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI PASAR TANI MACHANG | DATARAN KEMAHKOTAAN MACHANG

Image
  Assalamualaikum guys.. Hari ni abang buat vlog ke Pasar Tani di bandar Machang iaitu di Dataran Kemahkotaan Machang. Katanya ada satu gerai kt Pasar Tani Machang ni jual Ayam Golek Thai Viral. So, misi abang kali ni nak pergi beli Ayam viral tu la.. Harga untuk seekor ayam RM28, separuh RM14, memang sedap sangat ayam ni. Lauk ayam ni memang sedap. Isi dia sangat lembut, anak-anak abang suka makan. Lokasi Pasar Tani Machang ni betul-betul kat tengah bandar, bersebelahan dengan padang bola sepak Majlis Daerah Machang (MDM). Pasar ni buka pada pukul 8.00 pagi setiap hari Jumaat. Kalau pergi awal tak berebut dengan orang, kalau datang lewat terpaksa lah anda beratur untuk beli. Kat Pasar Tani Machang ni ada macam-macam lagi makanan yang dijual. Diantaranya ialah 🔥 Barangan keperluan harian seperti gandum, gula, minyak masak dan sebagainya. 🔥 Ikan segar dan ayam segar. 🔥 Pelagai jenis makanan

PANTAI TOK BALI SEMERAK PASIR PUTEH KELANTAN | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | LOKASI TERBAIK MEMANCING

Image
  Tok Bali dibuka pada 1996, dengan pembinaan jambatan di atas tanah oleh Projek Kemasin Semerak (Perkasa), dan kemudiannya dengan pembinaan Terusan Tok Bali. Pembinaan terusan ini merupakan pemangkin utama pembangunan di Tok Bali, di mana terdapat pengangkutan melalui laut ke Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang di Laut China Selatan. Pembinaan terusan ini juga memberi impak besar kepada Bandari Pasir Puteh yang sebelum ini sering banjir. Dengan adanya Terusan ini air dapat dikawal daripada terus mengalir ke Bandar Pasir Puteh. Begitu juga dengan kewujudan jeti pendaratan ikan laut dalam sehingga pertumbuhan industri pelancongan dan produk berasaskan makanan laut seperti keropok, bebola ikan dan sebagainya. Tonton video penuh rakam guna dron DJI Mini 2 https://youtu.be/qhj9bQ5MxCY Lokasi ke Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan https://goo.gl/maps/9L1NEEpQVMhDZR9S8 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Tok Bali merupakan sebuah kawasan yang pesat membangun d...

JERAM MENGAJI MIRIP KUNDASANG SABAH | RAZANI DAIRY FARM JERAM MENGAJI, PASIR PUTEH KELANTAN

Image
  JERAM MENGAJI PASIR PUTEH KELANTAN MIRIP KUNDASANG SABAH Jeram Mengaji persis suasana dan pemandangan di Kundasang. Dua kali tengok, macam dekat ladang lembu di New Zealand.Jika datang ke Kelantan, wajib singgah di sini. Lokasi menarik ini, terletak di Jeram Mengaji iaitu di daerah Pasir Puteh Kelantan kira-kira enam kilometer dari Selising dan kira-kira 22 kilometer dari Bandar Pasir Puteh. Tonton video penuh Jeram Mengaji rakam guna dron DJI Mini 2 https://youtu.be/9rHmdnGQqr0 Kalau korang nak pergi ke tempat ni, korang boleh terus klik di link lokasi dibawah : Lokasi ke Razani Dairy Farm Jeram Mengaji https://goo.gl/maps/Cd9qvAyAqAZgXJzq5 Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com/ Selain keindahan alam semula jadi, Jeram Mengaji juga punyai jeram yang jernih sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan beriadah bersama keluarga. Di sini juga terdapat pusat ternakan lembu tenusu dan jualan air yogurt, susu lembu dan susu kambing. Ia diperah segar di gerai penduduk t...