Assaalamualaikum.. Hari ni abang K nak berkongsi satu pengalaman iaitu DIY cara mudah baiki TV rosak. TV Samsung abang rosak berkemungkinan disebabkan tv sudah lama abang beli, rasanya abang beli dulu tahun 2020, so dia punya umur dah lebih 25 tahun. Memang kualiti peralatan Samsung ni terbukti tahan lama. Puas hati guna lebih dari 20 tahun. Asalnya tv abang ni dah lama rosak tapi belum ada masa untuk nak baiki. So hari ni ada masa lapang sikit, abang baiki dan Alhamdulillah TV sudah OK sepenuhnya. Tcon Board abang beli kat Shopee saja yang stok malaysia berharga RM50 saja. Boleh klik link Shopee dibawah untuk beli https://s.shopee.com.my/AKNYHsJR0W abang sebenarnya sayang TV ni disebabkan function 3D tu la. Kat rumah abang ada Sony 3D Blu Ray Home Theater Systam yang abang beli tahun sama dengan TV 3D ni. Masalah nya, sekarang ni sudah tidak ada TV 3D dipasaran. Kiranya Home Theater abang sudah tidak dapat lagi menggunakan fuction 3D. Jadi rasa macam rugi la Blu Ray 3D ada, tapi tak boleh guna dekat TV baru. Nak tak nak abang terpaksa juga untuk baiki TV Samsung ni. TV abang ni di jadi berkelip-kelip, kalau pasang lama sikit skrin akan padam. Kalau TV korang jadi macam ni jugak, ini kerana disebabkan oleh Tcon Board sudah rosak. So, korang just beli saja Tcon Board dan salin saja dengan yang asal. Selesai masalah dan jimat belanja. Kalau nak beli TV baru 40 Inch ni harga dalam RM1000 lebih juga. Kiranya abang dah banyak jimat. Lagipun sekarang ni sudah tak ada TV 3D dipasaran. Video ni abang tunjukkan cara baiki tv rosak iaitu cara baiki skrin rosak. Untuk pengetahuan korang, TV 3D ni dihentikan pengeluaran pada tahun 2012 kerana TV 3D ni kurang mendapat sambutan. So, siapa-siapa yang ada TV 3D macam abang, yang ada masalah sama macam abang, boleh la ikut tutorial dari video ni. Okay guys, selamat menonton. Lawati juga Blog Addashuk https://www.addashuk.com Ini adalah video DIY CARA MUDAH BAIKI TV ROSAK iaitu SMART 3D TV SAMSUNG disebabkan TV ROSAK TCON BOARD dan SKRIN akan BERKELIP-KELIP

Comments
Post a Comment